Gaya Hidup

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon Eksklusif di Malaysia

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon Eksklusif di Malaysia

Perkongsian perdagangan membawa jenama premium yang dibangunkan dengan menghormati alam sekitar dan komuniti tempatan, kini boleh diperoleh secara dalam talian dan di kedai Jaya Grocer.

Kini, rakyat Malaysia dapat menikmati produk eksklusif #madeinsolomons yang mempamerkan yang terbaik dari Kepulauan Solomon, termasuk SolTuna.  Tuna asal tunggal dan sumber lestari yang enak dari Lautan Pasifik  diproses secara tempatan dengan pantas, bagi mengekalkan kesegarannya.

Selain itu, ada jenama barangan berasaskan kelapa seperti produk penjagaan diri Coco Soap daripada Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands, kesemuanya diedarkan oleh Bountiful Ventures Sdn Bhd (terkenal dengan jenama utamanya Medella). 

Baca juga: Perempuan, Ini 5 Lelaki Yang Mesti Dijauhi

“Kami berbangga untuk membawa yang terbaik dari Kepulauan Solomon ke Malaysia, negara pertama di rantau ASEAN yang membawa jenama barangan kami. Ini merupakan peristiwa penting bagi kami, kerana perkongsian perdagangan ini menyokong kehidupan nelayan dan petani tempatan serta keluarga mereka.

“Negara kita mempunyai banyak persamaan sebagai negara membangun dan kami berharap untuk berkongsi yang terbaik antara kedua-dua negara dan mencari cara baharu untuk bekerjasama,” kata Duta Besar Kepulauan Solomon, Tuan Yang Terutama Salana Kalu.

Baca juga: Nak Kurus Cepat Dan Selamat, Makan Epal Setiap Hari

Baca juga: Kerabu Mangga Kelantan Keenakannya Menjilat Jari

Kepulauan Solomon pupuk pertumbuhan ekonomi inklusif

Perkongsian perdagangan ini disokong kerajaan Australia melalui inisiatif Strongim Bisnis yang memudahkan penglibatan antara sektor swasta dan kerajaan Kepulauan Solomon, memupuk pertumbuhan ekonomi inklusif.

Ini bertujuan untuk mengurangkan kemiskinan dengan impak yang positif dan berpanjangan.

Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia, Simon Fellows, berkata, Australia dan Kepulauan Solomon telah lama menjadi sahabat dan rakan kongsi yang rapat.

Dengan rakyat Malaysia sebagai pengguna setia jenama Australia, kami berbangga untuk menyokong rakan kongsi kami di Kepulauan Solomon bagi menyertai kami dalam menyampaikan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan Malaysia.

Hubungan perdagangan yang lebih kukuh di seluruh rantau Indo-Pasifik memberi manfaat kepada semua pihak dan kami teruja melihat peningkatan jumlah produk dari kedua-dua negara kami di rak pasar raya Malaysia.” 

Baca juga: Fesyen: 4 Cara Suai Padan Warna Dan Corak Elak Nampak Pelik

Eksklusif #madeinsolom

Nikmati Barangan Hasil Kepulauan Solomon Eksklusif di Malaysia

Penghormatan terhadap alam sekitar dan pemerkasaan komuniti adalah tulang belakang #madeinsolomons.

SolTuna (yang merangkumi jenama utamanya Solomon Blue) adalah bebas daripada membahayakan ikan lumba-lumba, diperakui Halal dan diberi pengiktirafan Perdagangan Adil, serta telah mencapai pensijilan Marine Stewardship Council (MSC) yang menunjukkan produknya diurus dengan baik, dengan amalan penangkapan ikan yang memenuhi kemampanan piawaian ketat majlis itu.

Manakala Coco Soap oleh Islands’ Own dan KOSI oleh Kokonut Pacific Solomon Islands menyediakan pekerjaan.

Selain latihan dan pembangunan kemahiran untuk pekerja tempatan, dan menggunakan kelapa yang diperoleh semata-mata daripada petani tempatan yang mengekalkan pemilikan tanah mereka sendiri.

Dapatkan jenama #madeinsolomons pertama dan eksklusif di kedai Jaya Grocer dan secara dalam talian di https://medellamy.easy.co/.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *