Ungkapan “don’t judge the book by it’s cover” , banyak kejadian yang menjadi ‘bukti nyata’ akan kebenarannya. Dan, cara ini juga boleh digunakan ketika memilih calon pasangan hidup, khususnya buat kaum perempuan.
Ya, langkah pertama untuk menjalin hubungan baik adalah memilih calon pasangan dengan bijaksana. Kenali tanda-tanda lelaki yang perlu dijauhi dan sebaiknya, jangan sekali-kali jatuh cinta kepadanya. Pendek kata, jauhi lelaki ini.
Bijak memilih pasangan bukan sahaja membantu kita (perempuan) jauh daripada potensi disakiti dan dikecewakan, bahkan jimat masa dan tenaga. Jadi, sebagai langkah ‘selamat’, ikuti panduan yang kami kongsikan ini;
Baca: Perlukah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?
Mengapa Perempuan Perlu Jauhi Mereka ini?
1. Cepat mesra
Semua hal yang serba berlebihan pasti tidaklah baik, termasuk terlalu cepat mesra dengan seseorang. Baru kenal dan bertemu, nampaknya si dia sudah bersikap ‘mesra gila, intim gila’ dan seolah-olah ‘cinta mati’ kepada kita. Bukan tidak boleh percaya pada ‘cinta pandangan pertam’a, tetapi sebagai perempuan, kita pastinya boleh membezakan antara cinta pandangan pertama dan sekadar nafsu, bukan?
Orang (lelaki) seperti ini biasanya ‘jaguh merayu’. Dia akan mengeluarkan kata-kata romantis yang membuai perasaan dan jiwa kewanitaan kita. Jangan ‘gelojoh’ dan ‘perasan’ apabila dipuja puji, supaya kita tidak terjebak dengan ‘rayuan gombalnya’.
Dia juga akan membatasi gerak-gerik kita dan mengongkong (padahal kita dan dia belum rasmi bercinta. belum pasangan kekasih). Dia juga selalu membuat kita rasa bersalah apabila menolak permintaannya. Sepatutnya, selagi belum sah (dihalalkan) dia perlu menghormati batas perhubungan itu.
2. Batas komitmen yang jelas
Dalam perhubungan, biasanya rata-rata perempuan inginkan status yang jelas dan terus berkembang baik (ada hala tuju hubungan yang jelas). Jika kita termasuk perempuan yang tidak sabar untuk menunggu, maka segeralah hindari lelaki begini.
Baca: Ego Seorang Lelaki Simple
3. Benci pekerjaannya
Ketika mencari pasangan, kita juga harus mencari lelaki yang berkeyakinan, ada matlamat hidup, stabil dan lain-lain. Beberapa kajian membuktikan, harga diri lelaki dinilai berdasarkan pekerjaan atau kemampuan mereka. Jika seorang lelaki berasa tidak produktif, dia akan berasa sangat gagal. Seorang lelaki yang gagal adalah orang yang sangat sukar diatasi.
Baca: Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?
Jika lelaki membenci atau tidak bersungguh-sungguh dengan pekerjaannya, secara tidak langsung dia tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk hidupnya pada masa depan.
Lebih buruk lagi, dia tidak tahu keperluan dan keinginan sendiri. Individu seperti ini hanya akan membuat kita berfikiran negatif dan sakit hati.
4. Sukar dijangka
Ada segelintir lelaki mempunyai sikap yang sukar dijangka. Jika kita terlalu banyak memberi perhatian, dia takut. Jika sebaliknya, dia pula menjadi pasif dan menagih perhatian. Apabila diberi perhatian secukupnya, dia bosan. Huh! Habis, bagaimana?
Lelaki seperti ini selalu mahukan pasangan (teman perempuan) memenuhi keinginannya. Apabila kita tidak dapat memenuhi harapannya, dia pun ‘lesap’ entah ke mana-mana.
Baca: Suami Ada Perempuan Lain? Isteri Usah Cepat Mengalah
5. Hanya suka-suka
Lelaki seperti ini memang takut untuk berkomitmen. Berhati-hatilah dengan lelaki yang tidak mahu menunjukkan kemajuan dalam hubungan. Cara terbaik baginya untuk ada berkomitmen serius adalah bercinta semata-mata. Jadi, tidak hairanlah kalau dia selalu mengelak apabila diajak berbincang mengenai perkahwinan atau masa depan hubungan kalian.