Gaya Hidup

8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari

Murah, mudah didapati di mana-mana dan mengandungi nutrisi penting. Ya, buah-buahan tempatan memang kaya khasiatnya untuk kesihatan badan dan kecantikan.

Pisang adalah buah yang kaya nutrisi, hampir tidak mengandungi lemak dan mudah dicerna.  Karbohidrat dalam sebiji pisang sekitar 23 hingga 35 peratus, lemak 0.2 peratus dan bebas kolesterol.  Dek banyaknya khasiat dalam sebiji pisang, kita dianjurkan makan pisang setiap hari untuk mendapatkan manfaatnya.

Dalam beberapa kajian kesihatan dan pemakanan menyatakan, 100 gram pisang memberi sejumlah 120 kalori.  Buah ini juga kaya kalium dan mengandungi magnesium, selenium, besi dan vitamin selain bebas natrium. 

Pisang kaya dengan vitamin B-6 yang diperlukan untuk kesihatan mental seseorang.  Kekurangan ini boleh menyebabkan seseorang itu mudah letih dan marah serta susah tidur. 

Baca: 7 Diet Seimbang Elak Stres

Tahukah anda manfaat makan pisang setiap hari ?

Makan sebiji buah pisang setiap hari mencukupi keperluan tubuh terhadap vitamin B-6.  

Makan makanan kaya kalium dan vitamin B6, terutama pisang segar (bukan direbus atau digoreng) boleh mengurangi rasa sengal, sakit dan lenguh sendi.

Makan pisang tiga hingga empat kali sehari, dipercayai dapat membantu mengurangkan gejala radang sendi (arthritis). 

Sebiji pisang berukuran sedang mengandungi 467 mg kalium, yang memberikan 13 peratus keperluan kalium harian.  

Sebagai sumber kalium, pisang dapat membantu mengurangkan risiko peningkatan tekanan darah.   

Di dalam New England Journal of Medicine menyebut, makan sebiji pisang sehari dapat menurunkan risiko serangan jantung hingga 40 peratus.  

Jadi, jika anda rasa lesu antara waktu makan, ambil sahaja pisang. Gula yang terkandung didalamnya (tergolong karbohidrat sederhana), mudah dicerna dan masuk ke aliran darah sehingga menghasilkan tenaga segera.  

Wow, memang banyak manfaat makan pisang setiap hari . Tidak hairanlah apabila ahli sukan terutama sukan tenis mengamalkan makan pisang sebelum bertanding untuk mendapat tenaga segera dan menghilangkan keletihan. 

Di dalam The Food Pharmacy oleh Jean Carper, pisang disebut sebagai makanan mujarab kepada penderita penyakit gastrik. 

Pisang kaya serat makanan atau karbohidrat kompleks, ini dapat membantu melancarkan proses membuang air besar dan mencegah barah usus besar.

Makanlah pisang masak kerana mudah dicerna, gula buah diubah menjadi glukosa semula jadi dengan cepat dan diserap ke dalam peredaran darah.

Baca: 5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Bantuan Produk

Kredit Foto: www.webmd.com

Ini 8 Manfaat Pisang Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Banyak manfaat lain yang terkandung dalam pisang. Antaranya:

Sumber tenaga
Pisang mudah dapat dicerna, gula yang terdapat di dalam buah itu diubah menjadi sumber tenaga dengan cepat dan ini penting dalam pembentukan tubuh selain menghilangkan keletihan.

Manfaat untuk wanita hamil
Wanita hamil disarankan makan pisang dalam dieat kerana mengandungi asid folat, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan berlebihan. Sebiji pisang mengandungi sekitar 85 hingga 100 kalori.

Manfaat untuk penderita Anemia
Dua biji pisang yang dimakan setiap hari oleh penghidap anemia sudah mencukupi kerana mengandungi zat besi tinggi.

Penyakit usus dan perut
Pisang yang dicampur susu cair (atau dimasukkan dalam segelas susu cair) boleh dihidangkan sebagai ubat untuk penyakit usus. Kepada penderita sakit perut, boleh amalkan makan krim pisang (dikisar halus seperti makanan bayi).

Bca: Mahu tahu 5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan ?

Penderita penyakit hati
Amat baik buat penderita penyakit hati untuk mengambil dua biji pisang dan ditambah satu sudu madu bertujuan menambah nafsu makan selain menguatkan badan.

Luka terbakar
Selain buahnya kaya khasiat pemakanan, daun pisang boleh digunakan untuk merawat kulit yang terbakar. Caranya, campuran abu daun pisang yang ditambah sedikit minyak kelapa disapu pada kulit terbakar. Ini  dapat membantu menyejukkan kulit terbakar itu.

Kecantikan
Pisang dilenyek kemudian dicampur dengan sedikit susu dan madu. Sapukan pada wajah setiap hari secara teratur 30 hingga 40 minit. Selepas itu, basuh dengan air suam dan bilas menggunakan air sejuk. Ulangi untuk 15 hari, lihat sendiri hasilnya. Kesan yang sangat menakjubkan pada kulit anda.

Sementara itu, dalam Medicinal Uses of Bananas menyebut, kulit pisang boleh digunakan sebagai krim anti nyamuk, membantu sistem syaraf, dan membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin.

Pisang keseimbangan berat badan
Telah terbukti seseorang berjaya menurutkan berat badan dengan diet empat biji pisang dan empat gelas susu rendah lemak atau susu cair setiap hari (jumlah kalori hanya 1250) dan menu ini amat sihat.

Selain itu, diet ini membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Tetapi, ingat, minum segelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang dan mangga selepas makan akan menaikkan berat badan. 

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *