Gaya Hidup

Nak Kurus Cepat Dan Selamat, Makan Epal Setiap Hari

Memiliki berat badan ideal dan bentuk tubuh menawan memang idaman setiap orang, khususnya perempuan. Pakai baju apa pun nampak terletak cantik di badan. Siapa tak mahu, bukan. Jadi, tidak hairanlah ramai yang nak kurus cepat dan selamat.

Sayangnya, dek pola makan yang tidak sihat dan gaya hidup tidak betul, seseorang boleh mengalami kenaikan berat badan secara mendadak. Jika berat badan sudah naik, memang susah untuk diturunkan kembali. Jadi, bagaimana caranya nak kurus cepat dan selamat?

Menurut bacaan penulis di laman stylecraze.com, ada beberapa cara mudah untuk menurunkan berat badan.

Satu daripada caranya adalah mengamalkan makan buah epal secara rutin setiap hari, pagi dan malam.

Beberapa pengkaji di University of East Angalia menyebut, buah epal mengandungi nutrisi flavonoid. Kandungan inilah yang dipercaya dapat membantu menurunkan berat badan secara alami apabila makan setiap hari.

8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari

Nak Kurus Cepat Dan Selamat, Makan Epal Setiap Hari
Krdit foto: Times Of India

Lebih menarik, tidak hanya membantu menurunkan berat badan,  flavonoid ini juga bermanfaat meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Membantu mencegah kerosakan sel dalam tubuh, sebagai antioksidan. Selain mencegah risiko berbagai penyakit. Salah satunya barah.

Kajian lain yang diterbitkan di Jurnal Kesihatan di Amerika Syarikat turut mendedahkan,  seseorang yang secara rutin makan epal atau makanan lain yang kandungan flavonoid mempunyai berat badan ideal dan bentuk tubuh menarik.

Walaupun nak kurus cepat dan selamat, tentunya mesti diimbangi dengan gaya hidup sihat seperti rehat yang mencukupi, bersenam dan elak makanan berlemak tinggi.

Sementara itu, penelitian yang dilakukan di Institute of Food Researcholeh Dr. Paul Kroon menyebutkan, kandungan flavonoid banyak ditemui dalam buah epal atau teh.

Manfaatnya tidak hanya menurunkan berat badan secara perlahan, tetapi turut membantu meningkatkan berat badan bagi mereka yang terlalu kurus atau mengalami masalah anoreksia.

Semoga informasi ini bermanfaat dan marilah kita amalkan makan buah epal setiap hari.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Guna Toner Kunci Kulit Muka Sihat Berseri

Pastinya, kulit wajah yang sihat dan berseri menjadi dambaan setiap orang. Dalam usaha mencapai…
Read more
Gaya Hidup

4 Tanda Hubungan Suami Isteri Bermasalah

Tidak mungkin sesuatu perhubungan itu sentiasa sihat. Ada masanya, berlaku hubungan bermasalah…
Read more
Gaya Hidup

Daun Lidah Buaya Sembuhkan Kulit Melecur

Ekstrak daun lidah buaya mempunyai enzim yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *