Gaya Hidup

Kerabu Mangga Kelantan Keenakannya Menjilat Jari

Hidangan ini bukan sahaja enak dimakan begitu, proses penyediaannya juga semudah ABC, 123.

Resipi membuat Kerabu Mangga Kelantan ini tidak rumit. Bahan yang diperlukan untuk membuat kerabu mangga juga senang didapati di mana-mana sahaja.

Jika kita ada tanam pokok buah mangga di rumah, tentunya lebih beruntung lagi. Mana tidaknya, dapat menikmati kerabu mangga yang segar hasil berbudi pada tanah. Kali ini, kami kongsikan resipi yang sangat mudah dan dijamin sedap sehingga bertambah nasi dibuatnya.

Resipi Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat

Resipi Kerabu Mangga Kelantan

Baiklah, mari kita lihat cara membuat Kerabu Mangga Kelantan yang sangat mudah tetapi sehingga terkenang-kenang keenakannya .

Bahan-bahan Kerabu Mangga:

  • 2-3 biji buah mangga muda, diracik dan dihiris memanjang
  • 3 ekor ikan sardin segar, direbus bersama garam dan asam keping
  • 3 tangkai cili padi merah
  • 1-2 biji limau kasturi, diambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Cara membuat Kerabu Mangga:

  1. Asingkan tulang ikan sardin yang sudah direbus, ambil isinya sahaja. Isi ikan diracik.
  2. Di dalam mangkuk, masukkan hirisan mangga muda, isi ikan, hirisan cili padi, jus limau kasturi dan garam juga gula secukup rasa.
  3. Gaul semua bahan sehingga sebati.
  4. Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba resipi Kerabu Mangga Kelantan. Mudah dan sedap.

Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran.
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *