Gaya Hidup

Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat

Rendang Ayam cukup popular sejak berzaman lamanya. Juadah yang menjadi kegemaran ramai tidak kira bangsa, agama dan lapisan usia. 

Rendang Ayam, rasanya yang unik memang menepati selera tidak hanya rakyat Malaysia, malah di Indonesia mahu pun Singapura. Lebih menarik, pelancong asing juga sudah pandai menikmati ketika datang berkunjung ke negara kita.

Menyediakan hidangan ini memang agak remeh, tetapi kami ada cara mudah dan cepat untuk anda cuba. Tidak sampai satu jam, Rendang Ayam sudah sedia untuk dinikmati bersama ketupat, nasi impi, pulut atau nasi putih.

Kali ini kami kongsikan resipi juga cara membuat Rendang Ayam yang senang, sedap dan cepat;

Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam, dipotong dan dibersihkan (digaul sebentar dengan sedikit tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ayam)

1mangkuk santan pekat / santan kotak

3 batang serai, dititik

Gula melaka, secukup rasa

2 keping asam gelugor

Dua helai daun kunyit/ limau purut, dimayang

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Jom cuba Cara Buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Bahan dikisar:

12 tangkai cili kering/cili padi (jika mahu lebih pedas)

7 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

1 ruas (ibu jari) halia tua

1 ruas lengkuas

1 ruas kunyit

2 batang serai

Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat
Selain Ketupat dan Lemang, Rendang Ayam enak disajikan bersama nasi putih atau roti.

Cara Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat:

1. Di dalam kuali, panaskan minyak secukupnya. Kemudian tumis bahan kisar dan serai yang dititik sehingga garing dan wangi.

2. Masukkan ayam yang sudah dibersihkan, gaul rata dan tutup kuali sepenuhnya. Proses ini dipanggil ‘mengecutkan ayam’.

3. Apabila ayam sudah mengecut dan air ayam sudah keluar, tuang santan pekat, bubuh gula melaka secukupnya dan juga asam gelugor. Gaul hingga sebati.

4. Rendang Ayam hampir siap apabila kuahnya sudah pecah minyak. Kemudian, bolehlah masukkan daun kunyit atau limau purut juga garam secukup rasa.

* Menggunakan bahan sama, anda juga boleh masak rendang ini tanpa menumis bahan kisar terlebih dahulu. Caranya, di dalam kuali, masukkan bahan kisar, serai yang dititik dan ayam. Raul sebati dan tutup permukaan kuali sepenuhnya. Biarkan ayam mengecut dan masukkan santan pekat.

Selamat mencuba.

Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran.
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *