Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang diingini sesuai keperluan ruang dan saiz. Selain penggunaan cermin besar yang mampu mencipta ilusi ruang lebih luas.
Cara Wujudkan Ilusi Luas Dan Selesa
Baca juga: Jom Cuba 9 Idea Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah
Memang agak mencabar untuk menghasilkan dekorasi idaman jika ruang kediaman sedia ada terhad, Pun begitu, usah susah kecewa dan susah hati.
Masih ada beberapa cara yang boleh kita lakukan sebagai panduan serta pilihan ketika menatahias ruang yang terhad (sempit). Antaranya;-
Baca juga: Ini 5 Manfaat Berkebun Di Rumah Yang Menguntungkan
Ini enam rahsia cipta ilusi ruang kediaman luas dan selesa.
Baca juga:Kerabu Mangga Kelantan Keenakannya Menjilat Jari
- Pilih tiga warna utama bagi setiap ruang dan mampu menaikkan mood di dalam ruang kediaman. Elakkan warna malap.
- Putih satu daripada elemen warna yang mampu menjadikan ruang kediaman kelihatan lebih luas.
- Pilih warna berbeza yang menaikkan mood anda mengikut kesesuaian ruang. Misalnya, pilih warna yang membangkitkan selera makan untuk cat dinding di ruang makan. Ini sekali gus mencipta aura dan semangat tersendiri pada ruang berkenaan.
- Jika warna dinding rumah malap, pilih corak dan warna lebih cerah untuk menyuntik suasana lebih menarik dan ceria.
- Selain pemilihan warna yang bersesuaian, letakkan beberapa frame gambar bercorak di dinding kediaman anda.
- Elakkan daripada meletakkan terlalu banyak perabot dan perhiasan supaya tidak kelihatan sarat.
Sebelum memilih konsep tatahias
Pemilihan perabut, saiz, corak, tatahias dan pencahayaan memainkan peranan penting untuk membantu mewujudkan suasana idaman di setiap ruangan kediaman kita.
Kita boleh buat rujukan terlebih dahulu sebelum menzahirkan konsep dekorasi piilihan. Ini bukan sahaja membantu menjimatkan belanja, malah masa dan tenaga. Selain mengelakkan pembaziran dan situasi ‘terlebih menghias’.
Ingat ya, keluasan sesebuah ruangan bukanlah halangan utaman. Asalkan, kita bijak sesuaikan konsep dekorasi dan saiz setiap ruangan yang ingin ditatashias.
Selamat mencuba.