Siapa kata kalau jual ketupat palas frozen atau sambal bilis garing, “pejabat” kita hanyalah di ceruk dapur semata-mata? Dan siapa kata, seorang usahawan bisnes online tidak perlu setup ruang kerja khas?
Silap besar tu. Sebagai usahawan bisnes online di tahun 2026, dapur memang tempat kita produksi, tetapi ruang bekerja adalah tempat kita “berperang” menghasilkan jualan. Kalau meja kerja pun bersepah dengan resit kedai runcit atau terselit bawah longgokan kain baju, macam mana aura positif nak masuk?
Baca seterusnya: Ini 5 Mentera Positif Setiap Hari
Produktiviti Mencanak, Ini Cara Setup Ruang Kerja Khas
Jom kita upgrade ruang kerja khusus yang padu dan slay supaya produktiviti usahawan bisnes online lebih mencanak. Paling penting, hati rasa tenang nak buat kerja.
1. Pencahayaan Semula Jadi: Rahsia Gambar Produk “On Point“
Tak perlu modal beribu beli ring light gergasi kalau kita ada cahaya matahari. Letakkan meja kerja berdekatan dengan tingkap.
Kenapa? Selain jimat elektrik, cahaya matahari adalah lighting terbaik untuk merakam gambar produk. Lepas siap bungkus sambal bilis atau ketupat palas (contohnya…), kita letak saja di atas meja, snap guna telefon. Haaa…terus nampak mewah macam gambar katalog! Mood pun lebih segar sebab tak rasa terperangkap dalam bilik gelap.

2. Meja Kompak & Ergonomik: Kecil Tapi “Pro”
Kita tak perlukan meja besar seperti CEO syarikat korporat. Cari meja yang minimalist dan bersih warnanya (putih atau kayu cerah).
Walaupun menjual produk tradisional, cara kita mengurus biarlah tetap moden. Gunakan laptop stand supaya skrin sejajar dengan mata. Ingat, kita sedang cari rezeki, bukan nak dapat sakit leher. Meja yang bersih akan buat otak rasa lapang untuk fikir strategi marketing yang lebih gempak.
Baca seterusnya: 5 Cara Serlahkan Seri Kediaman
3. Elemen Aesthetic: Bau Lilin vs Bau Belacan
Ini tip paling penting buat usahawan bisnes online makanan. Lepas seharian bertarung di dapur dengan bau minyak, bau belacan atau bau daun palas, kita perlukan “escape” yang menenangkan.
Letak satu pokok kecil (indoor plant) dan nyalakan scented candle (lilin wangi) di meja kerja. Bau yang menenangkan bukan saja menenangkan stres, tetapi pada masa sama beri signal pada otak kita: “Okay, waktu memasak dah habis, sekarang waktu untuk buat duit online.”
4. Sistem Fail & Order: Jangan Sampai “Blur“
Jangan biarkan pesanan pelanggan tercicir dalam WhatsApp saja. Gunakan grid wall atau pegboard di dinding depan meja. Gantung order list atau jadual postage di situ.
Apabila semuanya nampak di depan mata, kita tak rasa sesak berfikir. Matlamat harian kita jadi clear. Pagi bungkus sambal, petang urus tracking number, malam buat content. Hidup lebih tersusun, bisnes pun lebih berkat.
Sudut Content yang “Ready-To-Go“
Sebagai usahawan bisnes online apa-apa pun produk, kita perlu sentiasa bersedia untuk merakam video atau gambar. Jadikan satu sudut di meja kerja kita sebagai “Content Corner“. Setup ruang kerja kita ikut gaya hiasan idaman (boleh rujuk di Pinterest atau mana-mana media sosial untuk mendapat idea jelas).
Hias sedikit dengan alas meja yang estetik. Jadi, bila-bila masa kita nak buat behind the scene (bts) produk, video voiceover atau tunjuk testimoni pelanggan, kita sudah ada latar belakang (ruang merakam) yang cantik. Tak payah nak kemas satu rumah baru dapat rakam video 15 saat!

Clearkan Ruang, Clearkan Matlamat
Ingat pesanan ini, kita setup meja bukan untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar lebih gaya daripada usaha, tetapi sebagai langkah pragmatik agar kita menghormati bisnes sendiri.
Apabila ruang kerja kemas dan “bersedia”, kita akan lebih bersemangat untuk mencapai target RM10k sebulan (contohnya…). Tiada lagi alasan untuk rasa down atau blur.
Haaa…sudah bersedia nak setup ruang kerja khas kita hari ni?


