Gaya Hidup

Resipi Jeruk Binjai

Rasanya yang masam, manis, pedas dan sedikit kenyal memang menambat selera.

Jeruk memang ramai penggemarnya. Sebut apa sahaja jenis buah yang dibuat jeruk, sama ada buah mangga, kedondong, jambu, betik, pala, salak, atau kelubi, pasti ada peminatnya yang tersendiri.

Pernah dengar dan makan buah binjai?

Kali ini kami kongsikan resipi jeruk buah binjai daripada perkongsian Ummi Hana menerusi group Masakan Terengganu.

Baca: Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Jeruk Binjai

Resipi Jeruk Binjai
Buah Binjai segar

Siapa pernah makan buah binjai yang dibuat begini? Sedap.

Letak di dalam peti ais, makan sejuk-sejuk. Ooo… Nikmatnya.

Saya (KakMung) panggil ‘Hulu Balang Nngamok’. Kenapa panggil begitu? Sebab, arwah tokwan saya pun panggil begitu. Saya pun tak tahu kenapa ‘nngamok’. Berebut kasih atau berebut biskut raya, tak tahulah kenapa.

Kepada yang tak biasa makan begini, bolehlah cuba. Saya rasa, kalau sudah cuba sekali pasti nak lagi.

Resipi ‘Jenghuk Binja Stail KakMung’

Resipi Jeruk Buah Binjai
Jeruk Buah Binjai

Baca: Rendang Pedas Perak

Bahan-bahan:

Buah binjai, dihiris tanpa buang kulitnya

Air masak, secukupnya

Gula, secukup rasa

Garam, secukup rasa

Belacan

Cili padi

Cara membuatnya;

  1. Di dalam mangkuk, masukkan air, cili padi, belacan, garam dan gula. Gaul sebati (lenyek semua bahan).
  2. Kemudian, masukkan buah binjai dan gaul sebati dan masukkan di dalam peti sejuk.
  3. Jeruk binjai sedia dimakan selepas dua hingga tiga hari disimpan di dalam peti sejuk.
  4. Lebih lama disimpan, jeruk binjai jadi lebih sedap sebab kuahnya pekat dan sebati dengan isi binjai.
  5. Selamat mencuba.
Jeruk Buah Binjai
Tip: Gula mesti letak lebih untuk seimbangkan rasa masam buah binjai. Begitu juga belacan, letak lebih sikit untuk rasanya bertambah sedap. – Ummi Hana

Related posts
Gaya Hidup

5 Rahsia Didik Anak Beradab Dan Penyayang

Didikan yang betul sangat penting dalam kehidupan berkeluarga. Cara mendidik anak haruslah bersifat…
Read more
Gaya Hidup

Ini 5 Mentera Positif Setiap Hari

Fikiran berserabut. Semak! Emosi tunggang terbalik. Marah, gembira, sedih, kecewa, bahagia&#8230…
Read more
Gaya Hidup

“Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Dalam rancaknya dunia mengejar semua ke hadapan, pun masih ada segelintir yang bersikap dan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *