Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran. Sebagai pasangan suami isteri, kita harus sedar ada perkara (atau sikap) yang harus diterima dan mungkin perlu diubah.

Kita, sebagai suami atau isteri harus bersedia menerima kelebihan mahupun kekurangan pasangan. Pun, tidak dinafikan, hidup berumahtangga tidaklah mudah. Dan, pastinya berlaku perselisihan faham antara suami dan isteri. Jadi, berhenti bertengkar. Mari kita cari titik keserasian untuk kehidupan bersama yang lebih harmoni.

Bergaduh atau berselisih pendapat, ini perkara biasa dalam rumah tangga, Ibarat kata pepatah orang bijak pandai, sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri.

Tanpanya pertengkaran atau berselisih pendapat, hubungan suami isteri menjadi hambar. Pada masa sama, kita dapat belajar banyak perkara daripada keadaan itu.

Bagaimana pula jika suami atau isteri kita sering mengalah? Mengapa dia lebih selesa mengalah dan membiarkan kita ‘menang’ dalam pertikaian pendapat atau sikap itu?

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian
Kredit foto: Petikan drama siri Korea; ‘The World Of The Married’

Ketika seseorang (baca; pasangan) memilih untuk mengalah dalam pertengkaran, ada tiga makna tersirat yang harus diberi perhatian, antaranya:

Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Wahai suami dan isteri , berhenti bertengkar, tiada masalah dapat diselesaikan dengan bergaduh. Apa kata cuba tiga cara ini yang mungkin dapat membantu meleraikan kekusutan. Mari kita cari titik keserasian hidup bersama sebagai pasangan suami isteri paling bahagia dan harmoni.

#1 Lebih peka
Apabila pasangan mengalah, mungkin kerana dia berasa dirinya lemah dari segi personaliti, ekonomi, status sosial dan lain-lain.

Dia cenderung berasa takut kehilangan ketenangan yang dimilikinya bersama kita. Jika pertengkaran berlanjutan dalam tempoh lama, dia berasa tergugat dan tertekan (kita mendominasinya).

Mengalah kerana takut ini bukanlah sikap yang baik. Pada dasarnya, pertengkaran bukan pertandingan dominasi, ‘siapa lebih berkuasa’ atau ‘layak menang’.

Sebaiknya, berhenti bertengkar. Pendekatan yang harus kita lakukan adalah dengan cara menjadi lebih peka dan berkongsi pendapat dengan pasangan. Selain meluangkan waktu bersama untuk saling memahami.

Baca juga: 8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

#2 Rasional
Ketika berlaku perselisihan pendapat, pasangan kadangkala berusaha memahami perasaan dan fikiran kita. Sikap  pasangan yang mencuba memahami ini kelihatan seperti mengalah.

Antara petandanya, apabila kita betul, pasangan tidak malu mengakuinya. Begitu juga ketika kita salah, pasangan memberi tindak balas mengapa kita salah.

Walaupun pasangan kerap mengalah kerana sayang menyayangi kita, jangan biarkan diri dan emosi diri bermaharajalela dengan mengambil kesempatan atas sikapnya itu.

Cuba bertahan, tenang dan bersabar ketika berasa ego (harga diri) kita tercabar. Berusahalah bersikap rasional juga matang dalam mencari dan mendapat penyelesaian terbaik.

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian
Foto hiasan.

#3 Lebih memahami
Tindakan mengalah juga berlaku kerana berasa kecewa, penat dan malas mahu bertengkar dengan kita.

Pasangan juga tidak akan peduli dengan semua hal yang diperdebatkan, malah, boleh jadi sikapnya itu disebabkan dia mempunyai keasyikan dan tumpuan lain seperti hobi baru atau ada orang ketiga.

Jangan diamkan sahaja sikap yang mencurigakan ini. Keadaan ini seperti bom jangka yang kelak akan memusnahkan segala-galanya. Ambil langkah untuk muhasabah diri, fikirkan apakah kita sering meletakkan kesalahan kepada suami atau isteri dalam semua hal?

Cubalah untuk mengenal pasti apa yang berlaku sepanjang perjalanan rumah tangga kita. Perhatikan perkara yang perlu diperbaiki dan jangan takut melakukan perubahan walaupun pasangan tidak meminta melakukannya.

Kongsikan hasil penilaian ke atas diri kita bersama pasangan dengan mengetepi perasaan malu, lemah dan direndahkan. Percayalah, cara ini akan membantu memudahkan komunikasi dan proses penyelesaian.

Berbincanglah dari hati ke hati, berfikiran terbuka menerima pendapat pasangan. Tetapi ingat, jangan berpura-pura menerimanya. Terimalah kerana memang fakta dan hal itu “benar” atau pun “salah”.

Baca juga: Bongkar 5 Rahsia Berkesan Kunci Hati Pasangan

Rahsia penting

Rahsia paling penting dalam menjayakan usaha ini adalah dengan mencari titik keserasian, bukan memperbesar jurang perbezaan antara suami dan isteri.

Ingat, tiada seorang pun yang sempurna, termasuk diri kita. Begitu juga pasangan. Kita semua lahir dengan pakej kelebihan dan kekurangan sendiri.

Jadi, mulai sekarang, berhenti bertengkar. Suami dan isteri, mari kita sama-sama saling melengkapi dan ‘menyempurnakan’ agar rumah tangga sentiasa harmoni.

Berhenti bertengkar. Mari kita. berusaha bersama untuk saling mengisi dan melengkapi kekurangan pasangan dengan kelebihan kita, begitu juga sebaliknya. Di situlah terjalinnya ikatan paling intim dalam kehidupan berumahtangga.

Selamat mencuba dan semoga rumah tangga kita sentiasa harmoni hingga hujung usia.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more
Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *