Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Pikat Pasangan Yang Mesti Anda Cuba

Kredit foto: Contoh suami isteri bahagia, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal. (Gambar: Instagram Wawa Zainal).

Hubungan yang kekal harmoni, bahagia dan penuh  kasih sayang pastinya menjadi harapan serta impian bagi setiap pasangan suami isteri.

Sebenarnya, banyak cara yang kadang kala terdengar remeh, tetapi mampu membantu mewujudkan sekali gus merawat cinta dan kasih sayang dalam hubungan suami isteri agar tetap ‘awet muda’.

Misalnya, memberi kucupan dan senyuman kepada pasangan, saling membantu, sentuhan kecil, menghadiahi pasangan dengan sesuatu yang diinginkannya, menjaga kebersihan diri dan memberikan pujian antara cara sedehana yang boleh dilakukan suami isteri.

Selain itu, warnai setiap pertemuan dan perpisahan dengan kucupan dan senyuman penuh cinta. Kucupan yang diberikan suami atau isteri ketika mahu keluar atau pulang ke rumah boleh mendamaikan hati. Mengapa?

Pelakukan itu memberi tanda kerelaan, penerimaan, doa dan isyarat kebaikan. Pada masa sama sebagai tanda kesetiaan pasangan suami isteri terjaga dengan baik.

Kami kongsi Rahsia Pikat Hati Pasangan

Kami kongsikan 7 rahsia pikat hati pasangan, mana tahu mungkin boleh membantu anda mewujudkan dan menjaga keintiman dalam rumah tangga.

1. Bantu pasangan melakukan sebahagian daripada tugas dan tanggungjawabnya boleh membantu hubungan suami isteri semakin mesra. Misalnya, “Ohh.. penat juga cuci pinggan, ya.” Pada masa sama, pasangan berasa mendapat perhatian dan dihargai.

2. Sentuhan lembut menjadi satu daripada bahasa cinta. Ya, benar, kasih sayang tidak selalu harus ditunjukkan dengan sentuhan.

Ciuman, pelukan, berpegangan tangan dan duduk disisi pasangan dapat mendekatkan jalinan emosi (mendamai dan menenangkan hati pasangan).

Mampukah Rumah Tangga Kekal Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat?

3. Beri pujian kepada pasangan pada waktu tertentu membuat pasangan berasa diperlukan, dihargai dan diperhatikan.

Pujian yang baik dan tepat membantu memberi dorongan kepada pasangan untuk melakukan sesuatu dengan  lebih baik atau paling tidak, mempertahankannya. Hubungan anda dan pasangan juga bertambah intim.

4. Hadiah berpengaruh besar dalam menyemai perasaan cinta dan kasih pasangan suami isteri. Apatah lagi jika diberi pada waktu tepat dan hadiah yang sesuai (mungkin diperlukan).

Hadiah itu kecil dan tidak mahal, tetapi paling penting mampu mengungkapkan kasih sayang anda kepada pasangan.

5. Dalam setiap keadaan, kebersihan diri harus diberi perhatian. Lumrah, jika berbau (misalnya, badan atau nafas berbau) akan dijauhi kerana rasa terganggu (dengan bau).  Jadi, jagalah kebersihan diri kerana pasangan berhak mendapatkan yang terbaik daripada anda.

6. Bergurau boleh merehatkan hati, menenangkan fikiran, penawar kebosanan dan mampu mengukir senyuman. Anda boleh membayangkan betapa dinginnya hubungan suami isteri jika tidak diselingi gurau senda. Jadi, berguraulah selalu agar rumah tangga sentiasa ceria.

7. Dalam kesibukan menguruskan rumah tangga, jangan batasi diri anda untuk berdua-duaan dengan pasangan walaupun sekadar duduk berbual santai atau melakukan kegiatan rumah berdua, mengemas rumah atau memasak makanan kesukaan.

Seperkara lagi, makan berdua, atau mengunjungi kenalan tanpa bawa anak bersama boleh membantu anda dan pasangan lebih dekat dan mesra.

Jangan tunggu sampai hubungan menjadi dingin dan hambar, cubalah 7 rahsia pikat hati pasangan yang kami kongsikan ini.

Semoga anda dan pasangan bahagia hingga ke syurga.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more
Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak…
Read more
Gaya Hidup

Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan Suami Isteri

Sahut Cabaran 30 Hari ini untuk bantu kukuhkan hubungan anda dan pasangan. Dan lihat sendiri…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *