Mengapa tubuh kita memerlukan detok (détoksifikasi) – satu proses penyingkiran racun atau toksin daripada sesuatu bahan?
Mengeluarkan racun (detok) dari dalam tubuh sangat baik dan bermanfaat untuk membantu menjaga kesihatan tubuh agar tetap sihat, kekal bertenaga.
Apatah lagi sewaktu berhari raya, kita makan pelbagai jenis makanan. Ada lemang, ketupat, rendang, nasi minyak, dodol, kek, sate dan lain-lain. Semua jenis makanan yang berminyak, berlemak dan manis.
Ini menyumbang keadaan yang tidak sihat pada badan kita. Justeru, detok sangat membantu untuk mengawal kesihatan tubuh.
Baca: 8 Manfaat Makan Pisang Setiap Hari
Usus besar tidak dapat mencerna semua jenis makanan. Jadi, tubuh memadatkan makanan yang tidak tercerna ke sepanjang dinding usus halus. Secara semula jadi, proses ini mengundang pengeluaran lendir dari sistem kekebalan tubuh yang ada pada dinding usus.
Keadaan ini menyebabkan masalah sembelit (sukar buang air besar) dan berlaku penyumbatan pada saluran usus besar.
Dalam beberapa waktu, kotoran ini membusuk dan menghasilkan gas beracun. Gas lebih mudah terserap melalui pori halus pada dinding usus, mengalir dalam darah dan masuk ke sel tubuh dan bersedia menimbulkan penyakit.
Pembersihan besar atau detok yang dilakukan secara berkala, penting pada tubuh. Selain mengurangkan sisa beracun dari dalam tubuh, tidak ada organisme pembawa penyakit atau virus dalam tubuh yang bersih.
Terapi detok paling tua dan ratusan tahun dilakukan adalah berpuasa, dengan pola makan lebih sederhana dan semula jadi, manusia zaman dahulu menyedari tubuh perlu melakukan proses nyahtoksin.
Apatah lagi zaman ini, proses menyahtoksin seharusnya menjadi lebih penting dengan pola makan yang cenderung meninggalkan lebih banyak sisa dan penyumbatan pada sistem tubuh.
Lebih penting, toksin boleh menyebabkan proses penuaan dan kerosakan lebih cepat pada seluruh sel tubuh. Penuaan atau proses penurunan kualiti adalah kerana toksin dan nyahhidrat yang terkumpul selama bertahun-tahun.

Proses detok
Sumber penyakit adalah perut dan perut gudang segala penyakit. Justeru, proses nyahtoksin sangat penting pada tubuh anda. Pembersihan dan nyahtoksin membantu meningkatkan proses semula jadi pengeluaran toksin dalam tubuh kita.
Baca: 7 Diet Seimbang Elak Stres
Organ utama yang menjadi sasaran dalam program pembersihan racun yang berkesan adalah usus besar (pengeluaran) dan hati (detok). Makan secara berlebihan memaksa sistem penghadaman bekerja lebih keras dan seterusnya menganggu penghadaman.
Ini menyebabkan kita mengalami ketidakselesaan perut, pedih ulu hati, rasa loya, kembung, sering pening tanpa sebab, sakit belakang, daya ingat menurun, rambut gugur, atau alahan pada sesuatu, maka anda harus melakukan nyahtoksin.
Selain itu, makanan dan minuman mudah terdedah dengan pencemaran sehingga menimbulkan toksin (seperti racun) dalam usus kita.
Toksin inilah yang melemahkan sistem kekebalan tubuh dan menurunkan fungsi kerja organ terutama ginjal dan hati sebagai penyaring racun, hingga menyebabkan tubuh mudah diserang berbagai penyakit.
Detok dilakukan untuk membuang bahan beracun dan membersihkan ginjal dan usus, kerana bahan kimia berkumpul dalam organ ini.
Proses nyahtoksin boleh dilakukan dalam berbagai cara, seperti pengambilan makanan tambahan bergizi, herba, suntikan, dan lain-lain.
Salah satu kebaikan nyahtoksin pada tubuh adalah memperbaiki fungsi hati, ginjal, dan darah. Selain menstimulasi sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem hormon serta mengurangkan kebergantungan pada gula, kafein, atau alkohol.
Bebaskan racun
Program menyahtoksin boleh dilakukan untuk jangka pendek atau jangka panjang, namun semua program ini bertujuan untuk membebaskan racun dari dalam tubuh.
Program jangka pendek boleh dilakukan dengan diet jus 24 jam, membersihkan usus besar, membersihkan kulit, membuang bahan kimia, dan menyuntik ke dalam pembuluh darah.
Manakala program jangka panjang dilakukan dengan mengubah pola diet, seperti menghindari daging, karbohidrat tinggi atau pemanis, dan pengambilan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, atau minuman air putih, jus sayuran dan buah-buahan, teh herba, minuman vitamin dan makanan tambahan.
Olahraga sangat disarankan seperti yoga atau Tai Chi dan boleh juga mencuba terapi alternatif seperti homeopati, akupunktur, hidroterapi dan mengurangkan tekanan seperti urutan atau berendam dengan air herba.
Baca: 5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Bantuan Produk
Detok di rumah
Proses detok boleh melakukan sendiri kerana lebih mudah dan murah. Bagaimanapun, cara ini tidak memberikan manfaat untuk jangka panjang. Antara yang boleh kita amalkan;
1. Mandi dengan air panas dan garam. Air panas menarik racun keluar dari tubuh melalui permukaan kulit. Garam membantu racun dalam tubuh keluar melalui peluh. Apabila garam ditambah di dalam air, ini membantu membersihkan usus besar.
2. Tambahkan lemon di dalam air minuman dan minum sepanjang hari. Kadar asam dalam lemon membantu proses pembersihan.
3. Kita juga boleh mengamalkan pengambilan buah epal selama tiga atau empat hari dan sebaiknya pilih epal organik. Kita juga digalakan makan sekurang-kurangnya 1-2 biji epal setiap hari. Boleh dimakan begitu sahaja atau dibuat jus. Selain membuang racun, proses ini juga dapat mengurangi berat badan.