Gaya Hidup

Humblebragging: Helah Puji Diri Cara Halus

Foto: Janaan AI

Ya, akhir-akhir ini, jika aktif di media sosial, kita pasti biasa nampak orang (dengan ‘status post‘) yang seolah-olah “merendah diri” tetapi sebenarnya mahu puji diri sendiri. Ya… Welcome to the world of humblebragging! Ini istilah untuk orang yang ingin mempamer pencapaian, menunjuk diri hebat tetapi berselindung disebalik keluhan atau rasa rendah diri. Baik, bagaimana rupa sebenar humblebragging ini? Jom kita baca seterusnya.

Baca seterusnya: Meluah di Media Sosial: Lega Sekejap, Tapi Apa Kesan Jangka Panjangnya?

Apa itu  humblebragging?

Humblebragging adalah apabila kita berpura-pura, dengan sengaja berselindung disebalik sikap merendah diri,, Padahal sebenarnya ingin highlight kejayaan atau sesuatu yang kita banggakan. Bayangkan ayat-ayat seperti ini:

Gaya bercakap seperti merendah diri, tetapi sebenarnya ada agenda tersirat – mahu beritahu dunia betapa hebatnya diri sendiri. Inilah ‘seni halus’ atau helah untuk memuji diri sendiri secara berselindung yang dipanggil humblebragging. Misalnya:

  • “Eh, tak percaya betul terpilih masuk majalah… maklumlah, orang biasa-biasa macam saya ni.”
  • “Malu betul, banyak betul client nak jumpa minggu ni. Tak tahu macam mana nak bahagi masa!”
  • “Penat betul travel balik-balik meeting kat luar negara ni…”
  • “Penat betul, meeting back to back hari ni. Padahal baru balik dari Paris minggu lepas, belum sempat rehat lagi. Aduh, toughlah hidup ni.”
  • “Rasa bersalah betul, followers dah cecah 100k tapi tak sempat nak reply semua DM. #blessed
  • “Tak sangka banyak client approach saya sekarang ni. Tak terhandle nak reply semua mesej!”

Baca seterusnya: Rendah Hati Walau Sejauh Mana Kita Pergi

Nampak familiar? Atau rasa seperti tertepuk dahi sendiri? Tenang… tenang, humblebragging ini sebenarnya sudah menjadi trend masa kini.

Walaupun ayatnya seperti “kecewa” atau “mengeluh”, mesej tersiratnya tetap ada – ingin beritahu betapa hebat dirinya dalam suasana yang nampak rendah hati. Kadang-kadang, kita tidak pasti perlu rasa kagum atau ketawa sebab helahnya terlalu jelas!

Humblebragging: Seni Memuji Diri Secara Terselindung
Foto: Janaan AI
Biasanya, humblebragging muncul dalam bentuk keluhan ringan atau “segan-segan” tapi apabila kita baca betul-betul, memang ada niat nak “soft-launch” kejayaan.

Baca seterusnya: Motivasi: 17 Sebab Kita Cepat Putus Asa Capai Impian

Mengapa ramai orang suka humblebrag?

  • Inginkan pujian tapi tak mahu nampak show off
    Kebanyakan orang suka dapat perhatian, tapi kita juga tahu orang tak suka sangat kalau kita “in your faceshow off. Jadi, humblebragging adalah jalan untuk mendapat pujian, tanpa nampak poyo sangat. Harapnya orang fikir kita “humble” walaupun sebenarnya kita sedang buat ‘siaran langsung’ kejayaan diri sendiri.
  • Mahu empati tapi pada masa sama ingin tunjuk kehebatan diri
    Misalnya, orang yang asyik “mengeluh” tentang jadual kerja yang sibuk. Kononnya minta simpati, tapi yang tersiratnya – mahu orang tahu kita cukup hot hingga jadi rebutan ramai. Ini sebenarnya sejenis keinginan untuk orang lain empati dan mengiktiraf “kehebatan” kita.
  • Budaya media sosial yang obsesi pada kesempurnaan
    Dalam dunia media sosial, semua orang berlumba-lumba mahu mempamer hidup yang “sempurna”. Jadi, ramai mulai mengikut trend humblebragging (untuk nampak seperti tidak terlalu obses), tapi tetap mahu menunjukkan bahawa kita ada gaya hidup idaman ramai. Jika pencapaian itu tidak ditunjuk dan diwarwar, rasa ketinggalan. Rasa gagal.

Contoh humblebrag yang selalu kita temui

  • “Rasa segan betul dapat jemputan majlis eksklusif ni. Tak sangka orang biasa-biasa macam saya diingati.”
  • “Fuh, followers makin bertambah hari ni. Sampai tak terjawab semua DM. Terima kasih sangat sebab sudi follow orang biasa macam saya ni!”
  • “Perasaan campur-baur ni, menang award untuk kali ketiga tahun ni. Rasa tak layak… tapi syukur. #blessed
  • “Bersyukur sangat ada orang nak jemput jadi speaker lagi, padahal rasa macam tak cukup bagus pun. #grateful
  • “Aduh, risau betul tak dapat habiskan stok produk ni. Sambutan di luar jangkaan!”

Baca seterusnya: Tak Mengapa Rasa Sedih Dan Bersalah: 5 Cara Mengatasi

Biasanya, humblebragging muncul dalam bentuk keluhan ringan atau “segan-segan”. Tetapi, apabila kita baca betul-betul, memang ada niat nak “soft-launch” kejayaannya. Malah, perkataan “penat” atau “malu” selalu jadi alat yang digunakan untuk buat humblebrag ini nampak real.

Sikit-sikit mengeluh, sikit-sikit rasa “malu” – tetapi sebenarnya ini adalah cara terselindung untuk mendapatkan penghargaan dan pengikhtirafan daripada orang lain. Dan, kalau kita perasan, humblebragging ini memang datang dengan pakej (hashtag) #blessed, #grateful, atau #humble.

Cara hadapi humblebragging di media sosial

Jika kita sendiri berasa tergoda nak humblebrag, cuba fikir balik, apa niat kita sebenarnya?

Jika kita rasa pencapaian itu layak untuk dikongsi, tidak perlu berselindung di sebalik keluhan palsu. Terus-terang, tiada salahnya.

Bahkan, orang lebih suka yang jujur. Kalau berkongsi kejayaan, just be proud of it. Kadang-kadang, orang lebih hargai kejujuran yang simple berbanding ayat-ayat “kiasan.”

Dan jika bertemu humblebragger tegar, senyum dan angguk sajalah. Kadang-kadang mereka pun tidak sedar yang niat mereka terlalu jelas. Anggap saja sebagai hiburan ringan – apatah lagi apabila humblebragging datang dengan hashtag #syukurselalu atau #rezekidontknowwhy.

Humble tapi bukan brag

Dalam hidup, kadang-kadang kita tidak sedar keterbukaan dan kejujuran sebenarnya lebih menarik daripada pura-pura rendah diri. Jika gembira dengan kejayaan kita, tiada salahnya untuk berkongsi secara langsung. Raikan apa-apa pun pencapaian kita tanpa perlu tambah drama.

Ya, humblebragging memang nampak seperti kita ada ‘seni memuji diri sendiri secara halus. Tetapi percayalah, orang lebih suka apabila kita jujur tentang kejayaan. Tidak perlu berselindung disebalik keluhan palsu – kalau mahu beritahu, just go for it. Lagi jelas, lebih mudah untuk orang lain raikan bersama.

Baca seterusnya: Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Humblebragging: Seni Memuji Diri Secara Terselindung
Foto: Janaan AI

“Jadilah diri sendiri – kalau bangga dengan sesuatu, raikan. Kalau nak kongsi kejayaan, tak perlu berselindung di sebalik kiasan.”

Related posts
Gaya Hidup

5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Tak kenal, maka tak cinta. Sekali rasa, mesti hendak lagi. Memang berhantu betul susu badam…
Read more
Gaya Hidup

5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Produk Pelangsing

Rasa macam badan makin “mengembang” dari hari ke hari? Setiap kali makan memang puas, tapi bila…
Read more
Gaya Hidup

Meluah di Media Sosial: Lega Sekejap, Tapi Apa Kesan Jangka Panjangnya?

Rasa nak luahkan semua yang terbuku di hati, terus saja tekanpostdi media sosial?
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *