Inspirasi

Rendah Hati Walau Sejauh Mana Kita Pergi

Kadang-kadang, kita terlupa. Apabila kita sudah capai apa yang kita impikan, apabila kita berasa sudah berada di puncak, kita lupa dari mana kita bermula. Mungkin sebab kita seronok. Mungkin sebab kita akhirnya ada “sesuatu” dalam tangan. Tapi, macam mana tinggi pun kita terbang, ingatlah – tidak ada apa-apa yang menjadikan kita lebih “besar” daripada orang lain.

Baca seterusnya: Meluah di Media Sosial: Lega Sekejap, Tapi Apa Kesan Jangka Panjangnya?

Dalam dunia yang serba laju ni, di mana kita mudah sekali diukur dengan pencapaian, kekayaan atau kepandaian, sikap atau pembawakan rendah hati semakin jarang dijumpai.

Sedangkan, itulah kunci utama yang sebenarnya menbuat kita “kaya” – kaya dengan nilai, hubungan yang ikhlas, dan kesedaran bahawa kita semua hanya manusia biasa. Kita pernah bermula dari kosong. Kita juga tidak tahu berapa lama kita akan terus berada di atas.

Kunci untuk Menjadi Manusia yang Lebih Baik

Kerendahan hati ni bukan sekadar hanya tentang cara kita memandang orang lain, tetapi juga tentang cara kita lihat diri sendiri.

Rendah hati bukan bermaksud tidak yakin atau tidak berani. Kerendahan hati bermaksud, dalam apa pun keadaan kita, kita kekal jujur dengan diri sendiri. Kekal menghargai usaha orang lain dan kekal ingat bahawa kita ini bukan tidak terkalahkan.

Kerendahan hati adalah kualiti yang melindungi kita daripada keangkuhan. Tidak kira sejauh mana kita melangkah atau setinggi mana kita terbang, rendah hati menjadikan kita lebih mudah didekati dan dihormati.

Kejayaan yang dikecapi dengan kerendah hati adalah kejayaan yang penuh makna kerana berakar daripada keikhlasan dan keinsafan.

Baca seterusnya: Ini 5 Mentera Positif Setiap Hari

Rendah Hati dalam Setiap Langkah

Rendah hati di sini bukan sekadar pilihan, tetapi keperluan dalam setiap langkah kejayaan kita. Ia menjadi pelindung daripada keangkuhan dan menjadikan setiap pencapaian lebih bermakna.

Dunia ini mungkin akan terus mengukur kita berdasarkan apa yang kita capai, tetapi sebenarnya, nilai kita yang sebenar bukan di situ.

Nilai kita ada pada cara kita menghargai diri, menghormati orang lain dan kekal berpijak di bumi walau sejauh mana kita terbang tinggi.

Baca seterusnya: Motivasi: 17 Sebab Kita Cepat Putus Asa Capai Impian

“Kejayaan yang sebenar bukan hanya pada pencapaian, tetapi juga pada sikap rendah hati yang kita bawa. Ini bukan sahaja memberi makna kepada kejayaan peribadi kita, bahkan memberi inspirasi kepada orang lain untuk terus menghormati kita.”

“Nothing in life is permanent, be humble.”
Foto: Janaan AI

Baca seterusnya: Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan yang membaca puas hati. Jika tulisan ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan. Semoga manfaatnya tersebar ke mana-mana. Dan kita, saling memberi manfaat kepada sesama. Terima kasih.
Related posts
Inspirasi

"Wow! Cantik Sangat Kek Marble Ni. Sayang Nak Potong."

Sekali pandang, Kek Marble Jelita ini bagaikan bantal hiasan empuk. Indah diserikan bunga ros…
Read more
Inspirasi

19 Langkah Bangkitkan Keyakinan Diri

Tanpa keyakinan, perkara kecil dan mudah sekalipun kita tidak mampu lakukannya. Dan, kadangkala kita…
Read more
Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Untuk Pemula

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *