Gaya Hidup

Takut Lakukan Hubungan Kelamin Selepas Bersalin?

Bagi ramai wanita, perasaan takut untuk melakukan hubungan kelamin selepas bersalin adalah satu realiti. Soalan yang sering muncul: “Adakah semuanya akan kembali seperti sediakala? Bagaimana jika pengalaman kali ini menyakitkan atau tidak sama seperti sebelum bersalin? Bagaimana saya dapat singkirkan kebimbangan hubungan intim selepas bersalin”

Luahan ini mencerminkan kebimbangan ramai wanita seperti Nana, yang baru habis berpantang selepas melahirkan anak sulungnya. Rasa kurang yakin dengan diri sendiri, bimbang akan kesakitan dan ketakutan mengenai kepuasan dalam hubungan kelamin adalah perkara biasa. Mari kami kongsikan cara atasi ketakutan hubungan intim selepas bersalin.

Artikel ini merungkai penyebab dan memberikan beberapa tip bagi membantu anda kembali berasa yakin bersama pasangan.

Mengapa Rasa Takut?

Ada juga wanita yang berasa gementar apabila mahu melakukan hubungan kelamin bersama pasangan kerana bimbang akan mendatangkan rasa sakit, khususnya jika mengalami jahitan atau pembedahan.

Ketakutan melakukan hubungan kelamin selepas bersalin boleh muncul kerana pelbagai sebab. Beberapa wanita merasa kurang yakin selepas perubahan fizikal, bimbang tentang kesakitan akibat jahitan, atau khuatir dengan keletihan. Ini boleh menyebabkan rasa tertekan dan murung apabila bersama pasangan.

Dari sudut perubatan, pakar mengesyorkan tempoh empat hingga enam minggu selepas bersalin sebagai waktu selamat untuk memulakan semula hubungan intim.

Ini memberi masa bagi tubuh untuk sembuh, khususnya bahagian kelamin dan rahim. Proses penyembuhan ini boleh dipercepatkan jika ibu menyusukan bayi, kerana ia membantu otot rahim kembali seperti asal.

Baca: Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Tip dan cara mengatasi kebimbangan hubungan intim selepas bersalin:

  • Cari waktu yang sesuai – Mengurus bayi yang baru lahir sangat memenatkan. Pilih waktu ketika si kecil sedang tidur agar kita dapat menikmati masa bersama tanpa terganggu.
  • Pelincir untuk keselesaan –  Jika mengalami kekeringan pada alat kelamin, penggunaan pelincir boleh membantu mengurangkan kesakitan semasa hubungan kelamin.
  • Rangsangan dan sesi pemanasan– Sesi pemanasan seperti bercumbuan dan kata-kata romantis sangat membantu. Wanita biasanya memerlukan masa lebih panjang untuk merangsang semula ghairah selepas bersalin.
  • Bersabar dan bertimbang rasa – Pasangan mungkin ada posisi kegemaran, tetapi disarankan mencuba posisi yang lebih selesa bagi ibu selepas bersalin seperti woman on top, yang memudahkan kawalan gerakan.
  • Pencegahan kehamilan –  Jika tubuh belum sepenuhnya pulih, berbincang dengan pasangan mengenai kaedah pencegahan kehamilan untuk merancang jarak kehamilan.
  • LatihankKegel untuk kekuatan otot – Senaman Kegel membantu menguatkan kembali otot dasar pelvik, memberikan kita lebih kawalan dan meningkatkan keyakinan.

Baca: Suami Ada Perempuan Lain? Isteri Usah Cepat Mengalah

  • Pencegahan – Bayi kita masih kecil dan tubuh dalam proses pemulihan, jadi jangan lupa menggunakan alat mencegah kehamilan supaya jarak hamil tidak terlalu dekat.
  • Nutrisi dan Pemulihan – Pastikan keperluan nutrisi dipenuhi untuk membantu tubuh pulih sepenuhnya.
  • Manjakan diri – Kunjungan ke spa atau sesi rawatan diri dapat meningkatkan keyakinan. Ini membantu menghilangkan pandangan negatif mengenai diri sendiri, seperti berasa kurang menarik.
  • Sokongan emosi daripada pasangan – Suami yang bertimbang rasa boleh membantu memudahkan proses pemulihan ini. Menyokong isteri dalam penjagaan bayi dan memberi bantuan ringan akan membuat isteri lebih tenang dan selesa.
  • Tingkatkan komunikasi – Sentiasa berbincang dengan pasangan tentang perasaan dan keperluan masing-masing. Komunikasi yang baik mempererat hubungan dan membantu kita memahami keperluan emosi dan fizikal masing-masing.
  • Kencangkan kembali – Selepas bersalin, wanita disaran melakukan senaman untuk membantu menguatkan dan memulihkan kembali otot punggung khususnya pada bahagian sulit. Senaman ini kenali sebagai senaman kegel.

Baca: Ini 9 Rahsia Bina Hubungan Suami Isteri Yang Serasi

Sokong dan pulih

Menghadapi ketakutan dalam melakukan hubungan kelamin selepas bersalin adalah perkara biasa. Begitu pun, dengan sokongan pasangan, penjagaan diri, dan waktu yang sesuai, keyakinan diri boleh dipulihkan.

Ingatlah, setiap perubahan ini adalah sebahagian daripada perjalanan sebagai ibu dan isteri.

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan yang membaca puas hati. Jika tulisan ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan. Semoga manfaatnya tersebar ke mana-mana. Dan kita, saling memberi manfaat kepada sesama. Terima kasih.
Related posts
Gaya Hidup

5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Tak kenal, maka tak cinta. Sekali rasa, mesti hendak lagi. Memang berhantu betul susu badam…
Read more
Gaya Hidup

5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Produk Pelangsing

Rasa macam badan makin “mengembang” dari hari ke hari? Setiap kali makan memang puas, tapi bila…
Read more
Gaya Hidup

Meluah di Media Sosial: Lega Sekejap, Tapi Apa Kesan Jangka Panjangnya?

Rasa nak luahkan semua yang terbuku di hati, terus saja tekanpostdi media sosial?
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *