Hai semua! Sihat-sihat hendaknya. Hari ini, saya mahu berkongsi tentang satu perkara yang selalu menghantui kita semua – overthinking. Pernah rasa serabut dengan fikiran yang tidak berhenti-henti, asyik fikir benda yang belum tentu terjadi? Jangan risau, kita tidak keseorangan. Overthinking adalah masalah yang biasa, tetapi berita baiknya ialah ada cara untuk atasi overthinking ini. Saya pernah melalui masa-masa sukar di mana fikiran saya tidak berhenti berputar. Tetapi, dengan mengamalkan beberapa teknik mudah, saya berjaya mengawal overthinking dan hidup dengan lebih tenang. Jom kita selami lebih dalam topik ini dan mencari cara berhenti overthinking bersama untuk kurangkan beban fikiran melampau.
Bacaan lain: Pempengaruh Media Sosial Berkaliber
“‘Overthinking is the art of creating problems that weren’t even there.’ Kita perlu ingat bahawa fikiran negatif sering kali adalah hasil daripada kebimbangan kita sendiri.” – Penulis terkenal dan pakar psikologi, Dr. Henry Cloud.
Apa Itu Overthinking?
Overthinking (berfikir berlebihan) ini sebenarnya adalah satu keadaan di mana kita terlalu banyak berfikir mengenai sesuatu perkara sama secara berterusan (biasanya kejadian negatif daripada kejadian masa lalu, dalam lingkaran yang tidak berhujung).
Kita terus-menerus berlari dan menganalisis kejadian itu dalam fikiran tanpa mencari jalan penyelesaian. Ini bukan saja menyebabkan masalah berfikir berlebihan, pada masa sama satu fikiran yang berputar-putar seperti gulungan filem.
Kita terlalu banyak berfikir hal-hal sama – menarik fikiran-fikiran yang mengganggu kita hingga menjadi susah mahu membuat keputusan atau bertenang. Misalnya, apabila kita fikir terlalu lama tentang satu masalah kecil hingga menjadi besar dalam fikiran kita. Overthinking boleh membuat kita berasa cemas, stres, dan kadang-kadang boleh mengganggu tidur.
Bacaan lain: 4 Tanda Hubungan Suami Isteri Bermasalah
Ketakutan
Segelintir kita tidak sedar, terlalu banyak berfikir adalah ketakutan. Semakin kita overthinking, bertambah banyak rasa takut yang kita terima dan mengganggu fikiran kita. Dan, mengalami kesan buruk daripada masalah kegelisahan, kesedihan, dan bahkan fikiran untuk bunuh diri.
Banyak hal terjadi kepada diri kita di masa kecil, hubungan cinta, persahabatan, dan pekerjaan. Sebahagian yang buruk daripada pengalaman-pengalaman itu melekat pada diri kita dengan sangat kuat.
Fikiran tentang pengalaman masa lalu itu muncul ke permukaan seperti racun yang mengendap dan mengalir ke seluruh bahagian otak pada saat kita “terlalu banyak berfikir”.
Naluri kita memungkinkan kita mempunyai separuh kemampuan untuk melakukan hal itu. Terkadang, kita dapat mengesan ketika ada sesuatu yang tidak beres. Ke mana kita perlu atau tidak perlu pergi, siapa yang boleh dan tidak boleh kita percayai. Kita mempunyai suara hati yang luar biasa yang terkadang dapat menyelamatkan hidup kita. Terlalu overthinking membuat suara itu terkesan.
Bacaan lain: Ini 5 Mentera Positif Setiap Hari
Mengapa Kita Overthinking?
Tanda yang jelas bahawa kita terlalu banyak berfikir adalah keadaan di mana kita menghabiskan banyak masa untuk merenung (mengulang-ulang hal yang sama di kepala kita) tentang hal-hal yang telah terjadi di masa lalu.
Fikiran suka berfikir, dan sepertinya tidak pernah ingin berhenti. Kita terlalu banyak berpikir hingga ramai orang menganggapnya sebagai Epidemi.
Dalam sebuah penelitian, profesor psikologi Susan Nolen-Hoeksema dari University of Michigan menemukan bahawa terlalu banyak berfikir ini banyak terjadi kepada orang muda dan paruh baya, dengan 73% daripada orang berusia 25-35 tahun diidentifikasi sebagai pemikir berlebihan. Ada lebih ramai perempuan (57%) daripada lelaki (43%) yang cenderung terlalu banyak berfikir. Terlalu banyak berpikir lebih kerap terjadi kepada perempuan.
Ada banyak sebab mengapa kita overthinking. Antaranya:
- Takut Buat Silap – Kita takut keputusan yang dibuat salah dan memberi kesan buruk.
- Terlalu Banyak Pilihan – Apabila ada banyak pilihan, kita jadi pening mahu pilih yang mana satu.
- Pengalaman Masa Lalu – Pengalaman yang lepas boleh membuat kita overthinking mengenai masa depan.
Tanda-Tanda Kita Overthinking
Jika tidak pasti sama ada kita overthinking atau tidak, cuba semak tanda-tanda ni:
- Kita selalu risau tentang masa depan.
- Susah mahu buat keputusan, walaupun perkara kecil.
- Fikiran kita selalu berlegar-legar tentang perkara yang sama.
- Kita berasa cemas atau stress tanpa sebab yang jelas.
Bacaan lain: Jom Cuba 9 Idea Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah
Mengapa Kita Perlu Berhenti dan Atasi Overthinking?
Hidup kita kadang-kadang boleh menjadi sangat mencabar, dan overthinking adalah salah satu perkara yang boleh menambah beban. Dengan fikiran yang tidak pernah berhenti, kita jadi sukar untuk menikmati masa sekarang dan sentiasa risau tentang apa yang akan datang.
Mari kita lihat bersama, mengapa penting untuk berhenti overthinking, cara berhenti overthinkin dan bagaimana ia boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Teruskan membaca untuk memahami lebih lanjut tentang fenomena ini dan cara-cara untuk mengatasinya.
Cara Berhenti Overthinking
Ambil Nafas Dalam-Dalam
Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Teknik pernafasan ini boleh membantu tenangkan fikiran kita.
Fokus Pada Masa Kini
Kadang-kadang kita terlalu fikir tentang masa depan hingga terlupa nikmati masa sekarang. Cuba fokus pada apa yang kita lakukan sekarang.
Buat Keputusan Kecil
Mulakan dengan membuat keputusan-keputusan kecil. Ini boleh membantu kita berasa lebih yakin untuk buat keputusan besar.
Tuliskan Fikiran Kita
Kadang-kadang, menulis apa yang kita fikir boleh membantu kita melihat masalah daripada perspektif berbeza. Tulis segala yang kita risaukan, selepas itu baca semula. Kita akan lihat, kebanyakannya tidak sebesar yang kita fikir dan bimbangkan.
Berbual Dengan Seseorang
Kadang-kadang, berbual dengan kawan atau ahli keluarga boleh membantu kurangkan beban fikiran kita. Mereka mungkin ada nasihat atau pandangan yang boleh membantu kita atasi overthinking.
Kurangkan Perfeksionisme
Terima hakikat bahawa tiada yang sempurna. Buat yang terbaik, tetepi jangan terlalu keras pada diri sendiri. Tenangkan fikiran dan cari cara sesuai diri kita untuk atasi overthinking itu.
Bacaan lain: Puaskah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?
Ingatlah, Semuanya Akan Baik-Baik Saja
Overthinking memang boleh buat kita rasa terbeban dan cemas, tetapi ada banyak cara untuk mengatasinya. Ingatlah, semuanya akan baik-baik saja. Ambil masa untuk tenangkan fikiran, fokus pada masa kini, dan jangan takut untuk buat keputusan.
Dengan mengamalkan tip dan cara berhenti overthinking yang dikongsikan ini, kita boleh mula kurangkan fikiran melampau dan menikmati hidup dengan lebih tenang – bahagia.
Katakan, “berhenti” dalam situasi di mana kita tahu bahawa kita tidak dapat berfikir dengan baik (tenang dan rasional)- “Tidak, tidak, saya tidak akan mempertimbangkannya sekarang, “Berhenti”.
Latihlah diri dan fikiran kita untuk menjadi lebih sedar diri. Pada saat kita berasa diri kita akan melayang ke “ruang yang terlalu banyak berfikir”, kita boleh melakukan dua hal; diam atau mulai bercakap.
“Kita tidak boleh selalu mengawal apa yang terjadi di luar. Tetapi, kita dapat mengawal apa yang terjadi di dalam.” – Penulis buku Change Your Thoughts – Change Your Life: Living the Wisdom of the Tao dan pakar motivasi; Dr. Wayne W. Dyer
Bacaan lain: Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?
Pengalaman Atasi Overthinking
Melalui pengalaman saya sendiri, suatu masa dulu, saya juga pernah terperangkap dalam situasi overthinking. Dan hal utama yang biasa saya lakukan adalah diam. Tetapi, untuk keluar dari situasi itu, saya perlu bercakap dengan seseorang hingga hal-hal itu dapat diklarifikasi ke dalam fikiran saya.
Cara ini memberi diri saya peluang dan ruang untuk mengeluarkan stres dan ini adalah kaedah yang baik untuk beradaptasi hingga saya tidak menderita untuk waktu yang lama (sendirian di dalam kepala saya).
Pada waktu saya menenangkan diri, saya mempersiapkan diri untuk menghadapi ‘racun’. Saya tahu racun itu akan datang dan bersiap sedia menghadapinya. Membaca buku, cerita, menonton TV, mengemas rumah, memasak, bahkah berkebun.
Saya lakukannya sebagai usaha mengalih perhatian saat saya ‘diam’. Saya berusaha sekuat hati menasihati diri bahawa saya sedang dalam zon terlalu banyak berfikir dan perlu segera mencari cara atasi overthinking itu.
Jadi, bagaimana dengan kalian? Ada tip atau pengalaman yang mahu kongsikan tentang cara atasi overthinking? Jom kongsi di ruangan komen!”
Jika inginkan maklumat lebih lanjut, boleh baca buku ‘The Power of Now‘ tulisan Eckhart Tolle, yang banyak memberi panduan tentang bagaimana hidup di masa kini dan mengurangkan overthinking.
Semoga artikel ini memberi manfaat dan membantu kita menjalani hidup yang lebih baik. Jangan lupa kongsi artikel ni dengan kawan-kawan yang mungkin memerlukan.