Gaya Hidup

Jom Cuba 9 Idea Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah

Kredit foto: Ikea

“Pening kepala nak cari idea dan cara dekor yang sesuai dengan rumah saya. Ruang terhad, bilik sempit. Tak banyak yang boleh dilakukan, tetapi geram tengok barang perhiasan yang cantik dengan warna kegemaran. Huh, mencabar betul!”

Ya, tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Pada masa sama, kita teringin letak pelbagai jenis perabot dan perhiasan idaman. Hmmm… Bagaimana caranya supaya rumah yang sempit nampak luas dan mewah?

Cuba 9 idea dekor rumah sempit nampak luas dan mewah

Aidilfitri bakal menjelma tidak berapa hari saja lagi. Dan, pastinya sukar menahan keterujaan apabila masuk ke pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan barangan dekorasi.

Apatah lagi jika anda memang minat menatahias ruang kediaman. Ikutkan hati, mahu diborong semua yang berkenan. Tetapi, hasrat terbantut apabila memikirkan keadaan ruang rumah yang sempit dan terhad.

Baiklah. Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda memiliki dekorasi rumah idaman.

1. Seimbang dan harmoni

Keseimbangan dan keharmonian penting dalam menghias rumah yang sempit. Misalnya, untuk pangsapuri tiga bilik. Perabot, kemasan, dan aksesori harus seiring dengan konsep dekor ruang. Tetapi, tidak semestinya perlu sama. Nanti hilanglah kreativiti dalam tatahias rumah anda.

Kredit foto: Ikea

2.  Fokus dekor rumah bukan bilik

Memandangkan sempit (keluasan terhad), berikan penekanan pada hiasan rumah dan bukannya hanya bilik. Daripada pening memikirkan konsep dekor bagi setiap bilik atau ruang, anda hanya perlu menatahias keseluruhan dalaman rumah dengan tema, gaya atau warna yang kesukaan untuk mendapatkan flow dekorasi idaman.

Anda boleh memilih warna dinding terang untuk satu bilik. Gunakan warna sama pada bedding set di dalam bilik lain. Kemudian, hias ruang tamu dengan bantal kecil pada sofa atau hamparan (menggunakan skim warna sama).

3. Kualiti dan jenama

Tidak perlulah dekor setiap sudut dengan perabot dan aksesori berjenama. Elakkan daripada menggandingkan barang murah bersama yang mahal kerana ini hanya hanya menampakkan lagi ‘murahnya’ barang itu. Banyak barang atau perhiasan murah tetapi kelihatan mahal dan mewah. Rajin mencari, mesti jumpa. Cubalah.

4. Minimalis elegan

Bagi memberi kesan ruang rumah yang sempit nampak luas dan mewah, pemilihan serta susun atur perabot juga aksesori hiasan sangat penting. Pastikan anda pilih yang kemas, ringkas juga selesa untuk penampilan ruang kelihatan lebih bergaya dan mahal. Gaya hiasan ini menepati ciri dekorasi moden minimalis yang elegan.

5. Suai padan

Ruang tamu rumah yang dipenuhi produk daripada satu jenis sahaja membuat dekorasi rumah kelihatan ‘keterlaluan’. Suai dan padankan barang sedia ada atau daripada pelbagai jenama. Begitulah pakar hiasan dalaman melakukannya agar tatahias tampil lebih berkesan.

Mahu tahu Rahsia Rumah Kemas Dan Bersih Hanya 15 Minit ?

6. Lebihkan ruang

Sesuaikan ukuran perabot dengan bilik. Jika bilik kecil dan sempit, anda hanya memerlukan perabot bersaiz kecil. Bagi menambah seri, boleh gantung lukisan bersaiz besar untuk mencipta ilusi bilik yang luas.

7. Masa, pilihan dan bajet

Sebaik sahaja melangkah ke kediaman baru, anda mungkin terus berfikir untuk membeli perabot dan aksesori bagi memenuhi ruang yang ada. Kemungkinan pencarian pertama kali, anda akan gagal menemui barang yang diingini.

Akhirnya, anda memilih sesuatu yang kurang sesuai untuk keperluan rumah atau berbelanja lebih daripada bajet. Jadi, ambillah masa hingga anda temui barang yang sesuai dengan cita rasa dan ruang.

8. Jangan berlebihan

Memang, tiada salahnya jika anda mahu menampilkan warna terang dan bentuk unik untuk menarik pandangan. Ini memang akan menjadi lambang cita rasa anda dan mempunyai mesej dekor tersendiri.

Bagaimanapun, jangan berlebihan. Tonjolkan gaya dekor impian anda secara sederhana dan seimbang. Ini kerana, jika terlalu banyak, ruang menjadi berserabut atau semak. Misalnya, anda hanya perlu meletakkan satu koleksi pasu di ruang tamu, pasti lebih unik.

9. Gaya ruang

Selain menjadi tempat berehat, ruang tamu sering menjadi simbol cita rasa peribadi pemilik rumah. Ruang tamu diberi perhatian dalam hal dekorasi kerana kepelbagaian fungsinya.

Bagi memenuhi kegunaan ruang yang menjadi tumpuan seisi keluarga dan tetamu ini, boleh pelbagaikan aksesori (perabot dan peralatan) untuk menyerlahkan gaya ruang.

Anda dapat sesuatu daripada idea dekor di atas? Semoga 9 idea dekor rumah sempit nampak luas dan mewah yang dikongsikan ini dapat memberi inspirasi dan membantu anda dalam menatahias rumah.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Humblebragging: Helah Puji Diri Cara Halus

Ya, akhir-akhir ini, jika aktif di media sosial, kita pasti biasa nampak orang (dengan ‘status…
Read more
Gaya Hidup

5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Tak kenal, maka tak cinta. Sekali rasa, mesti hendak lagi. Memang berhantu betul susu badam…
Read more
Gaya Hidup

5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Produk Pelangsing

Rasa macam badan makin “mengembang” dari hari ke hari? Setiap kali makan memang puas, tapi bila…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *