Ekstrak daun lidah buaya mempunyai enzim yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang mengakibatkan penyakit kulit. Jadi, tidak hairanlah apabila tumbuhan ini mendapat tempat istimewa dalam rawatan kesihatan dan kecantikan.
Kandungan aloectin B dalam daun lidah buaya menstimulasi sistem imun dan menjadi bahan terbaik untuk merawat luka terbakar. Khasiat daun lidah buaya mampu membantu sembuhkan kulit melecur.
Bagaimana daun lidah buaya mampu sembuhkan kulit melecur?
Sejenis bahan dalam daun lidah buaya iaitu szponin mempunyai kemampuan sebagai pembersih dan antiseptik yang menjadikan gelnya (lendir) sangat berkesan untuk mengubati luka terbakar.
Selain mampu menyembuhkan luka, keberkesanan penggunaannya dalam bidang rawatan kecantikan tidak boleh dinafikan.
Kajian di Afrika Selatan menunjukan, polisakarida yang terkandung di dalam daun lidah buaya memberi kesan biologikal termasuk penyembuhan luka, aktiviti antikulat, antidiabetik dan antikeradangan.
Tumbuhan kaya khasiat ini bukan sahaja mudah ditanam dan dijaga, ia juga ‘ubat’ semula jadi yang selamat digunakan. Daun lidah buaya bersifat tidak bertoksik dan banyak digunakan dalam kaedah perubatan tradisional termasuk China, Jepun, dan India.
12 Cara Jaga Dan Rawat Kulit Muka Kusam Kembali Berseri

Meresap dalam liang kulit
Bahan selulosa dalam gel daun lidah buaya juga mampu menembus dan meresap ke dalam kulit dan menghalang cairan tubuh pada wajah yang mengakibatkan berlaku kulit kering.
Kandungan lignin dalam daun lidah buaya juga mampu tembus dan meresap ke dalam kulit sekali gus berkesan mengubati luka.
Di negara Arab, masyarakatnya menggunakan daun lidah buaya untuk menyembuhkan bekas luka. Luka yang telah kering akan dioles dengan lendir daun lidah buaya agar tidak berparut.
Jadi, jika kulit melecur terkena api, jangan panik. Anda boleh merawatnya segera menggunakan lendir daun lidah buaya.
Caranya mudah sahaja, ambil sehelai daun lidah buah. Buang kulit dan ambil lendirnya. Sapukan lendir daun lidah buaya itu pada kulit yang melecur tadi. Insya-Allah, kulit akan beransur sembuh dan tidak berparut.
Khasiat lainnya, tumbuhan ini juga mengelakkan kulit daripada menjadi kering kerana mampu mengawal kehilangan air di dalam tubuh.
Penggunaan lendir daun lidah buaya pada kulit secara berterusan menjadikan kulit sentiasa lembap dan lembut.
Selamat mencuba.