Bayangkan usia anda 20-an, tetapi ada yang panggil “Kakak”. Sentap, bukan! Mood ceria boleh bertukar 360 darjah dibuatnya! Mahu tahu rahsia kekal cantik dan awet muda? Sekurang-kurangnya, ada tiga rahsia yang perlu anda tahu.
“Say good morning to your skin with this enchanting treat.” ― Amy Leigh Mercree
Tidak keterlaluan jika dikatakan, tiada seorang wanita pun yang menafikan bahawa mereka mahu sentiasa kelihatan awet muda, segar dan menarik. Walaupun usia bertambah, tetapi tetap mahu tampil menarik. Pendek kata, kekal cantik dan awet muda.
Bagi merealisasikan keinginan itu, ada segelintir daripada mereka sanggup melakukan perawatan mahal, pada masa sama berbahaya asalkan kekal cantik dan awet muda.
Padahal, ada cara lebih selamat untuk senantiasa kelihatan lebih muda dan menawan, tanpa perlu mengeluarkan banyak wang.
Bagaimana caranya?
Mungkin ada yang tidak tahu, solekan dan gaya rambut jika diaplikasikan dengan betul boleh membuat wajah kita kelihatan lebih cantik dan segar.
Berikut ini kami kongsikan beberapa tip yang dapat membantu anda menatarias wajah. Ini penting agar tidak kelihatan tua sebelum waktunya.
Jom, kita bersama bahagian pada tubuh yang perlu diberi perhatian dalam penjagaan penampilan diri.
Bongkar 3 Rahsia Kekal Cantik & Awet Muda
Aplikasi eyeliner hitam
Menggunakan eyeliner hitam memang sangat berkesan untuk wanita yang mempunyai mata sepet atau kecil. Penggunaan eyeliner membantu melebarkan mata dengan segera. Ini cara mudah untuk tampil menarik.
Pun begitu, anda harus berhati-hati, riasan mata yang didominasi warna gelap dan bertekstur berat, boleh membuat wajah kelihatan layu dan tidak cerah.
Rambut panjang atau pendek
Rambut terlalu panjang akan membuat keseluruhan penampilan anda kurang segar dan kelihatan lebih tua dari usia sebenar. Manakala potongan rambut terlalu pendek, jika tidak kena gaya boleh menjadi ‘merosakan’ penampilan.
6 Jenis Bedak Asas Mesti Anda Miliki
Gaya rambut paras bahu adalah potongan rambut paling tepat untuk “memanipulasi” usia seseorang, sekali gus kekal cantik dan awet muda.
Pun begitu, pastikan gaya rambut sesuai dengan bentuk dan kontur wajah, ya.

Tangan berkedut
Selain wajah, daerah tubuh yang paling mudah dilihat adalah tangan. Sayangnya, sering kali dianggap remeh dan diabaikan.
Mengapa perlu sapu losyen pada tangan?
Sedarkah anda, kedutan pada tangan dengan mudah dapat menggambarkan berapa usia anda.
Jadi, secara rutin oleskan losen pelembab tangan waktu pagi dan malam agar kulit tangan sentiasa lembut dan halus.
Akhir sekali, penampilan diri berkait rapat dengan penjagaan kesihatan dari dalam dan luar. Menjaga gaya hidup dan pemakanan seharian sangat penting, barulah mampu memancarkan sinar dan keceriaan diri.