Penampilan sederhana tetapi penuh pesona. Istimewa Palazzo polos, menyuntik gaya moden, sopan dan selesa. Pilihan tepat buat yang serasi dan selesa bergaya santai.
Hadir dengan pelbagai gaya yang boleh disesuaikan untuk apa juga acara. Buat anda yang gemar tampil santai namun tetap sopan dan bergaya moden, Palazzo polos memang pilihan sesuai.
5 Rahsia bergaya santai dengan palazzo polos
Sebenarnya, bagaimana cara yang betul supaya tampil bergaya dengan palazzo polos? Betulkah kata orang, Palazzo ini seluar besar yang malas?
Jangan pandang sebelah mata, ya. Biarpun polos tetapi memikat pandangan dengan kemeriahan rona segar, selesa dan mudah diurus. Penampilan anda tidak akan canggung dengan persalinan ini.
Rahsia penting untuk tampil bergaya dengan Palazzo ini, anda mesti bijak suai padankan aksesori pelengkap gaya seperti tas tangan, kasut, subang atau sekadar ikat rambut rona kontras mahupun sedondon.
Santai
Tampil gaya santai dengan pilihan palazzo rona kontras yang mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Jingga, kuning dan hijau antara gandingan rona yang menceriakan gaya anda.
Palazzo– Forever21
Aksesori
Palazzo polos boleh disuai padan dengan blaus longgar rona kontras. Aksesori tambahan seperti skaf, tas kepit warna-warni pasti menambah seri pada penampilan anda.
Palazzo– FashionValet
Baca juga: 12 Cara Menjaga Dan Merawat Kulit Muka Kusam
Selesa
Kelebihan palazzo ialah memberikan keselesaan kepada pemakainya. Boleh kelihatan seperti skirt labuh sekiranya digayakan dengan blaus labuh. Penampilan begini pasti menyerlahkan keayuan anda.
Palazzo – Forever21
Feminin
Angun dengan sentuhan rona feminin. Pilihan aksesori menambah seri pada penampilan. Ikat rambut rona kontras atau sedondon memercik aura feminin.
Ikat rambut – Forever21
Gaya lebih glamor dalam persalinan palazzo jika dipadankan dengan kardigan rona kontras. Aksesori warna-warni memercik gaya moden. Atau padankan dengan pilihan sepatu bercorak. Ringkas dan seimbang.
Padanan
Lihat hasilnya. Hanya dengan padanan kasut rona kontras, penampilan pemakai terus berubah. Jadi, siapa kata Palazzo, fesyen seluar malas?
Palazzo: Mango