Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Bukan dendam, tetapi kesan trauma masa lalu. Kredit foto: www.destinationsforteens.com

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun penuh peristiwa liku-liku. Namun, tidak jarang pula diantara kita mengalami kesan trauma masa lalu yang meninggalkan bekas begitu mendalam hingga sukar dilepaskan.

“Kau ego. Move on ‘lah. Jangan diingat-ingat lagi hal yang sudah berlaku.” Begitulah yang acapkali saya dengar dan hadapi apabila seseorang menyentuh isu ini. Ya, begitu mudah mereka membuat kesimpulan. Pada hal, ini bukan dendam. Tetapi, kesan trauma masa lalu.

Pengalaman pada masa lalu yang menyimpan kenangan pahit ini boleh menjadi beban berat yang sukar untuk dihadapi. Dan, setiap kita mempunyai kemampuan berbeza dalam menghadapi tekanan atau desakan hidup.

Dalam perjalanan hidupnya, seseorang mungkin berusaha untuk berdamai dan melepaskan masa lalu.

Namun, seringkali kesan trauma tetap membayangi hidupnya (terutama emosi, tindakan dan keputusan).

Bukanlah sesuatu yang mudah untuk melepaskan masa lalu, terutama apabila peristiwa itu telah menorehkan luka emosional yang mendalam.

Sering kali, orang di sekitar mungkin dengan mudah mengatakan, “Lupakan saja masa lalu dan jalan terus ke depan.” Tetapi, bagi mereka yang pernah mengalami trauma, hal itu bukanlah tugas yang sederhana.

Peristiwa traumatik meninggalkan bekas yang mencengkeram hati dan fikiran, seperti bayangan yang tidak pernah hilang.

Ana Balqis Menulis: Teruja Jadi Penyelamat?

Bukan dendam, tetapi kesan trauma masa lalu. Kredit foto: Storyset via Freepik

Sukar berdamai dengan kesan trauma masa lalu

Ketika seseorang berusaha untuk melepaskan masa lalu, mungkin ada perasaan bersalah atau malu yang muncul, seolah-olah melepaskan itu bermakna dia telah mengkhianati kenangan atau orang-orang yang terbabit dalam peristiwa berkenaan.

Begitu pun, kita juga perlu menyedari bahawa melepaskan masa lalu tidak sama dengan melupakan sepenuhnya. Sebaliknya, itu adalah proses pemulihan yang penting untuk kesihatan mental dan kebahagiaan seseorang.

Menghadapi kesan trauma adalah sebahagian dari proses melepaskan masa lalu.

Ini membabitkan usaha memahami emosi yang terkait pengalaman traumatik, merenung tentang bagaimana peristiwa itu telah mempengaruhi diri sendiri, dan mencari cara untuk belajar bangkit kembali dan sembuh.

Harus kita sedari bersama, proses ini memerlukan dukungan, baik daripada diri sendiri mahupun orang-orang terdekat (khususnya keluarga, pasangan, rakan).

Puaskah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?

Kaedah efektif merawat kesan trauma

Terapi serta psikologi kaunseling (termasuk rawatan kesihatan mental dan pemulihan) dapat menjadi kaedah yang sangat efektif dalam membantu seseorang mengatasi kesan trauma dan memulihkan diri.

Dalam lingkungan yang aman dan mendukung, seseorang dapat merenung tentang peristiwa traumatik, merangkul emosi yang muncul, dan mencari cara untuk menyembuhkan diri.

Melalui perjalanan ini, seseorang mungkin mulai menyedari bahawa melepaskan masa lalu bukan bermaksud melupakan sepenuhnya, tetapi memberi ruang bagi pemulihan. Lalu sembuh dan dapat bangkit semula meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Membiarkan kesan trauma terus mengendalikan hidup hanya akan membatasi potensi dan kebahagiaan seseorang di masa depan.

Kita semua memiliki kekuatan untuk mengatasi masa lalu dan kesan trauma.

Itu bukan tentang ego atau kelemahan, tetapi keberanian untuk menghadapi kenyataan.

Kita belajar daripada pengalaman, dan bangkit menjadi versi diri yang lebih kuat dan lebih bijaksana.

Melalui usaha dan kesungguhan, serta dukungan yang tepat, seseorang dapat menggenggam kawalan ke _atas hidupnya dan menghadapi masa depan dengan penuh harapan.

Motivasi: 17 Sebab Kita Cepat Putus Asa Capai Impian

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan anda yang membaca puas hati. Jika anda rasa tulisan saya ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan anda. Terima kasih.
Related posts
Gaya Hidup

Guna Toner Kunci Kulit Muka Sihat Berseri

Pastinya, kulit wajah yang sihat dan berseri menjadi dambaan setiap orang. Dalam usaha mencapai…
Read more
Gaya Hidup

4 Tanda Hubungan Suami Isteri Bermasalah

Tidak mungkin sesuatu perhubungan itu sentiasa sihat. Ada masanya, berlaku hubungan bermasalah…
Read more
Gaya Hidup

Daun Lidah Buaya Sembuhkan Kulit Melecur

Ekstrak daun lidah buaya mempunyai enzim yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria dan kulat yang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *