Gaya Hidup

Cara Mudah, Cepat & Murah Hilangkan Perut Buncit

Dalam group diet, ramai bertanya, apakah cara mudah, cepat dan murah untuk dapatkan perut rata? Ya, siapalah yang tidak berangan ada bentuk pinggang melekuk cantik.

Selain berat badan ideal, memiliki pinggang ramping dan perut rata (kempis) bak model di pentas peragaan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, ini keinginan dan idaman setiap perempuan khususnya, termasuk yang menghadapi masalah perut buncit. Betul atau tidak?

Senaman Perut Buncit

Masalah berat badan, pinggang melebar dan buncit bukan perkara baru. Baik perempuan mahupun lelaki, rata-ratanya tidak selesa kerana keadaan ini mengganggu penampilan. Ada segelintirnya berasa rendah diri.

Ada yang cuba berdiet (sehingga berlapar) demi mendapatkan perut rata. Sayang sekali, masih sukar untuk merealisasikannya. Badan sudah cantik dan ringan, tetapi perut tetap buncit. Oh, tidak!

Baiklah,  jika semua cara telah dilakukan, namun perut masih buncit dan mencacatkan penampilan.

Mungkin kita boleh cuba aktiviti bermain gelung rotan atau dikenali sebagai ‘Hula Hoop‘ untuk mengempiskan perut dan merampingkan pinggang.

Walaupun cara ini seperti bermain, tetapi jika dilakukan secara teratur, hasilnya perut, pinggang, pinggul dan bentuk tubuh kelihatan lebih menarik. Permainan ini juga boleh meningkatkan kelenturan dan stamina tubuh.

Ini 6 Amalan Gaya Hidup Sihat Yang Mesti Dilakukan

Perut kempis, tubuh sihat

Jom, kita sama-sama boleh cuba enam teknik mudah ini. Bukan saja menjimatkan duit, tubuh sihat dan menarik pastinya menambah keyakinan diri.

1. Pilih gelung rotan sesuai dengan tubuh. Sama ada berdiameter 100 cm atau 120 cm. Pilihlah yang paling ringan dan untuk pemula, jangan menggunakan gelung rotan besar

2.  Ingat, jangan lakukan permainan ini selepas makan. Tunggu satu jam selepas makan.

3.  Gunakan pakaian senaman yang menyerap peluh. Sebaiknya, gunakan kasut sukan agar kaki dapat menampung tubuh dengan baik.

4. Baiklah, mari kita mulakan. Berdiri tegak dengan kaki terbuka, lutut dibengkukkan sedikit dan telapak kaki dalam keadaan rata menyentuh lantai. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk meletakkan gelung rotan pada pinggang dengan salah satu sisi gelung rotan berada di punggung.

5. Tegangkan otot perut, pusing gelung rotan berlawanan arah jam. Kemudian, lepaskan tangan daripada gelung rotan dan gerakkan pinggul membentuk bulatan kecil yang berirama hingga gelung berpusing di pinggang anda.

6.  Ketika gelung rotan berpusing di pinggang, letakkan kedua belah tangan di atas kepala. Bertenang, lakukan aktiviti ini dengan perasaan gembira dan santai. Bernafas dengan baik, tarik dan hembuskan secara teratur. Rasai kelegaannya, hilang stress.

Aktiviti ini bukan sahaja membuat tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga, malah perasaan kita juga bertambah baik. Selamat mencuba.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *