Gaya Hidup

Resipi Ketupat Daun Palas Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan, ramai yang kecewa dengan keputusan kerajaan ini. Tetapi, demi memberi kerjasama dalam membendung dan mengekang penularan virus Covid 19 di negara ini, kita akur.

Rindu air tangan ibu, tetapi terhalang dek PKP? Mari kita sama-sama manfaatkan perkongsian daripada teman-teman di media sosial. Misalnya Jamaliiah Kamal yang berkongsi resipi maknya, Ketupat Daun Palas, menerusi group MAHN.

Hari raya tanpa insan tersayang disisi terutama kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik, pastinya sukar dan mengundang kesyahduan. Pun, Aidilfitri tetap perlu disambut dan diraikan, tanda kemenangan kita menjalani Ramadan mulia penuh berkah. Syawal ini, tetapi kita sambut dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Pasti ada hikmah disebaliknya.

Resipi: Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat

Rindu ketupat palas buatan Mak, terpaksalah buat sendiri- Jamaliiah Kamal

Ketupat Palas Resipi Mak Saya

Siap sudah Ketupat Palas. Ketupat Lemak. Masuk tahun ke-2 raya PKP. Nak makan ketupat Mak buat. Terpaksalah belajar buat sendiri. Biasa tiap kali balik kampung, tak heran pun nak belajar buat.

Anak-anak suka sangat ni. Anak makan macam tu je. Sebab, ketupat palas ni sudah cukup rasa lemak masin dan manisnya. Makan tanpa lauk. Tapi, lagi sedap kita makan dengan rendang.

Macam-macam cara ‘kan resepi you all semua, ‘kan? Siapa sama resepi macam ni?

Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuat Ketupat Daun Palas (versi lemak);

Resipi: Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Resipi mak saya:

Bahan-bahan:

1 kilo beras pulut

2 cawan santan pekat

1 sudu makan gula

1 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

  1. rendam beras pulut 1 hingga 2 jam. Kemudian, kukus pulut sehingga masak.
  2. Lebih kurang 20 sehingga 30 minit, pulut masak. Masukkann ke dalam bekas lain.
  3. Di dalam mangkuk, campur santan pekat, gula dan garam. Gaul sebati.
  4. Arong (gaul) pulut dengan santan sehingga sebati.
  5. Kukus semula pulut tadi, sekejap saja. Supaya santan yang di arong bersama pulut tadi masak.
  6. Boleh balut(bungkus) pulut dengan daun palas. Buat hingga siap.
  7. Boleh dimakan kukus / goreng.
Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga

Pernah berasa cemburu melihat pasangan suami isteri yang telah bertahun hidup bersama masih…
Read more
Gaya Hidup

Kerabu Mangga Kelantan Keenakannya Menjilat Jari

Hidangan ini bukan sahaja enak dimakan begitu, proses penyediaannya juga semudah ABC…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *