Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata Aidilfitri ini cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya anda kelihatan lebih eye catching. Bukan itu sahaja, rona ini juga dipercayai memberi kesan langsing pada tubuh. Selain membantu menyerap sinar UV berbahaya pada kulit. Impak biru, hebat bukan.
“I feel so blue”. Sepotong kalimat ini pasti pernah singgah di telinga anda. Satu kalimat yang membawa makna tersirat bahawa seseorang sedang sedih atau terluka. Hurmmm… Benarkah gaya biru selalu identik dengan sesuatu yang muram dan sedih?
“Style is something each of us already has, all we need to do is find it.” — Diane von Furstenberg
Baca: 5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos
Tampil moden dengan gaya biru
Biru termasuk dalam kategori rona dingin. Kononnya dapat menimbulkan kesan tertentu pada bentuk tubuh. Termasuk memberi kesan tubuh lebih langsing.
Pilihan rona ini juga perlu sesuai agar benar-benar menonjolkan ‘ impak biru ‘ pada penampilan anda.
Pastikan bukan biru pudar kerana ini memberi impak suram pada diri pemakai. Pilih biru ‘mewah’ bagi menegaskan penampilan anda.
Baca: Koleksi Eksklusif Syawal Amin Jauhary 2021
Lebih menarik, bentuk tubuh yang gemuk dan berat akan kelihatan lebih kurus jika mengenakan pakaian warna biru.
Tambahan lain supaya penampilan lebih menyerlah, aplikasikan dengan padanan rona lain seperti, putih, hitam atau coklat.
Hasilnya, gaya anda tidak mendatar kerana terdiri daripada beberapa tone warna.
Jadi, kesan sedih juga akan bertukar dengan penampilan lebih menyerlah denggan moodjauh lebih baik daripada sebelumnya.
Biru juga melambangkan kebijaksanaan juga filosofi tinggi dan dalam.
Begitulah impak gaya biru yang mampu serlah pesona Memukau dan tersendiri.
Tidak percaya, cuba dan lihat sendiri kesannya kepada diri anda, ok!