Gaya Hidup

7 Diet Seimbang Elak Stres

Menjaga dan mengamalkan diet seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan, selain boleh memberi kesan pada semua organ serta fungsi tubuh.

Sebenarnya, apabila kita biasa mengamalkan pengambilan diet seimbang, secara tidak langsung kesihatan yang baik dapat dikekalkan selain memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil.

Pemakanan dan Stres

1. Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium. 2. Ketika stres, kita akan berpotensi untuk;-

  • mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
  • melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
  • mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
  • mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
  • mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Kredit foto: www.emro.who.int

7 Diet Seimbang yang membantu mengurangkan stres;

Diet seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres. Kepelbagaian dan diet seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.

  1. Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut kaya Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin, hormon yang memberi rasa kegembiraan. Zink antara komponen diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan untuk menghalang penyakit disebabkan stres seperti penyakit jantung.
  2. Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin. Ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, antara sumber makanan yang tinggi Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
  3. Susu kaya antioksidan dan mengandungi kalsium tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan stres.
  4. Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C dan masalah gusi berdarah.
  5. Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh kaya Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
  6. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran tinggi antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik antaranya betik, bayam dan zaitun manakala makanan tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
  7. Aprikot kering kaya dengan magnesium dan berkhasiat membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.

Sumber: www.myhealth.gov.my 

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan yang membaca puas hati. Jika tulisan ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan. Semoga manfaatnya tersebar ke mana-mana. Dan kita, saling memberi manfaat kepada sesama. Terima kasih.
Related posts
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more
Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak…
Read more
Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Pikat Pasangan Yang Mesti Anda Cuba

Hubungan yang kekal harmoni, bahagia dan penuh kasih sayang pastinya menjadi harapan serta…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Gaya Hidup

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Cerah Berseri

Worth reading...