Sinar matamu sungguh mempesonakan. Tidak jemu untuk terus memandangmu. Bergetar sanubari bagai disihir, tertawan sukma tidak berkalih. Inikah cinta pandang pertama?
“Dari kerana mata yang mempunyai kuasa. Dari mata terbitnya asmara. Senyumanmu ramah menikam jiwa. Renungan mesra menjelma segera. Aku tertawan memendam rasa. Oh aku tergoda…” Ya, dari mata boleh turun ke hati. Itulah antara kekuatan sepasang mata. Tetapi, bagaimana cara menjaga mata agar sihat dan menawan?
#Dikemaskini
Kami kongsikan bagaimana cara menjaga mata agar sihat dan menawan.
Ada yang menyifatkan mata jendela hati. Jadi, indera penglihat ini perlu dijaga sebaik mungkin. Sayang sekali, bidang kerja kita mungkin menuntut untuk selalu berdepan dengan komputer, kurang tidur atau kesibukan lain yang menyebabkan kecantikan dan sinar mata pun memudar.
Kesannya, kesegaran serta penampilan wajah juga menjadi kurang seri. Rona hitam atupun kedutan di sekitar mata lambat-laun mulai kelihatan. Hilanglah pesona sepasangan mata sihat dan menawan
Ini sungguh menakutkan, bukan?
Tip berfesyen: Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos?
Jika ini terjadi, pasti mencacatkan penampilan. Apabila seri dan sinar sepasang mata yang sihat hilang, sapuan eye liner dan eye shadow juga tidak mampu dapat membantu menyelamatkan penampilan anda.
Jadi, kita harus konsisten dalam menjaga kesihatan dan kesegaran mata (rutin penjagaan mudah yang sering diabaikan). Baiklah, mari kita mulakan bagaimana cara menjaga mata agar sihat dan menawan.
8 cara menjaga mata agar sihat dan menawan
- Sama seperti kulit muka, mata juga harus juga memerlukan penjagaan juga rawatan rapi. Minum banyak air putih terutamanya jika anda kerap melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bersenam, berkebun dan lain-lain. Air putih mempunyai kekuatan tersendiri dan sangat manfaat untuk menjaga kesegaran kulit, termasuk mata.
- Kedutan atau kantung hitam di sekitar lingkaran mata boleh disebabkan kekurangan nutrisi. Bagi membantu mengatasi masalah ini, amalkan pengambilan sayuran hijau. Setiap hari, pastikan anda makan makanan yang kaya antioksidan.
- Pekerjaan yang menimbun dan mengejar masa mungkin membuat anda terpaksa bekerja hingga larut malam. Tetapi, ingat ya, anda bukan robot yang boleh bekerja tanpa henti. Tubuh dan mata memerlukan rehat. Barulah dapat memiliki sepasang mata sihat dan menawan.
- Jika anda berasa letih, tinggalkan pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan sementara waktu. Jangan sekali-kali memaksakan mata untuk terus bekerja. Lagipun, jika terus dipaksa, pekerjaan yang anda hasilkan pasti tidak memuaskan hati.
- Semakin penat tubuh dan minda anda, menyebabkan kulit wajah menimbulkan aliran darah di bawah mata sehingga kelihatan biru-kebiruan atau lebih gelap (biasa kita selalu sebut, mata panda).
- Lingkaran hitam di sekitar mata juga boleh disebabkan faktor keturunan. Cuba lihat mata ibu bapa anda. Jika sejak awal kantung hitam sudah ada, kemungkinan besar anda juga mengalaminya. Mengapa? Perkara ini disebabkan ada pembesaran pembuluh darah. Pengaruh jumlah darah di kawasan itu membuat kulit menjadi kelihatan lebih gelap berbanding warna kulit pada bahagian wajah lain.
- Produk penjagaan dan rawatan yang diformulasikan untuk mata, boleh menjadi pilihan. Apatah lagi kini banyak produk kecantikan yang menawarkan rawatan untuk membantu menjaga keindahan mata. Tetapi, sebelum menggunakannya, dapatkan nasihat dan pandangan perunding kecantikan berkelayakan terlebih dahulu.
- Pada masa sama, anda juga boleh mencuba cara tradisional. Misalnya, menggunakan timun, tomato atau uncang teh untuk menyegarkan mata anda.
Semoga tip bagaimana cara menjaga mata agar sihat dan menawan dapat membantu anda.
Selamat mencba.