Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Kredit foto: btstservices.com

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang membangkitkan ghairah diri sendiri mahupun pasangan? 

Tidak dinafikan, seiring waktu dan peningkatan usia, ada segelintir pasangan suami isteri buntu apabila hubungan kelamin mereka tidak lagi sehangat tahun pertama hidup bersama. Asmara menjadi hambar, cukup membosankan. Tidak hairanlah apabila ada yang mengambil jalan mudah, terbabit dalam hubungan sulit demi mencari kebahagiaan baharu. Mahu tahu rahsia goda ghairah pasangan? Teruskan baca tulisan ini sampai habis, ya.

Ya, bayangkan, 10 tahun melayari bahtera rumah tangga dan hanya setia pada gaya hubungan kelamin sama. Mampukah hubungan intim itu kekal hangat hingga hujung usia?

Usah tunggu lagi. Mulai sekarang. Hangatkan kembali kehidupan seksual anda dan pasangan. Beberapa perkara berikut ini mungkin boleh membantu anda membuat pasangan tercengang dek teruja dengan kejutan yang tidak dijangkakan.

#1. Hidupkan fantasi
Lakukan pembaharuan pada gaya hubungan kelamin, agar momentumnya tidak terhenti dan terus pudar. Realisasikan fantasi asmara anda agar hubungan intim menjadi lebih menarik dan tidak membosankan.

#2. Kesepakatan
Bersikap terbuka dan beri kerjasama sebaik mungkin apabila pasangan mencadangkan gaya berlainan ketika bersama. Jangan terus membantah, terima dan cuba melakukannya. Belum cuba, belum tahu. Bersikap positif dan beri peluang untuk mencuba gaya baru. Siapa tahu, cadangan itu dapat menghangatkan kembali ranjang yang dingin dan beku?

Ini 7 Rahsia Pikat Hati Pasangan Yang Mesti Anda Tahu

#3. Kejutan
Memberi kucupan pada waktu yang tidak dijangka, antara perlakuan spontan yang mampu meng goda ghairah asmara pasangan.

Cara ini ibarat kejutan kepada pasangan sekali gus memberi keseronokan dalam hubungan yang mulai suram. Pun begitu, sebelum melakukan sebarang kejutan pastikan anda tahu apa yang disukai dan tidak disukai pasangan.

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan
Kredit foto: morungexpress.com

#4. Nikmati bersama
Beri keutamaan kepada diri sendiri sebelum memikirkan apa yang menyeronokkan pasangan. Jangan lakukan sesuatu yang tidak menggembirakan anda semata-mata untuk kepuasan pasangan atau bersikap mementingkan diri sendiri. Hubungan kelamin harus dinikmati bersama. Jika tidak, hubungan intim menjadi punca ketegangan dalaman. Tertekan kerana hasrat diri tidak sampai. Kasihannya.

#5. Terus-terang
Satu daripada rahsia goda ghairah pasangan adalah dengan bersikap terus-terang. Tidak berpura-pura puas atau menyukai apa yang pasangan lakukan.

Beritahu atau dorong pasangan untuk melakukan gaya seks yang memberi kepuasan kepada anda. Anda juga jangan malu bertanya apa yang pasangan mahu anda lakukan agar kepuasan hubungan intim dapat dinikmati bersama.

Hubungan: Bongkar 5 Rahsia Berkesan Kunci Hati Pasangan

#6. Selesa
Pastikan anda bernafas dengan betul ketika bersama. Penafasan yang baik bukan sahaja membuat anda dan pasangan selesa, malah waktu bersama juga lebih lama.

#7. Beritahu
Tanpa hubungan komunikasi yang baik, sukar bagi anda mahupun pasangan bersikap terbuka. Beri ruang untuk berbincang hati ke hati termasuk mengenai hubungan kelamin.

Bincangkan gaya yang anda dan pasangan mahu cuba, cara ini membantu untuk bersikap terbuka sekali gus memberi kesan positif pada kelangsungan hubungan kelamin. Tak usah malu, beritahu pasangan apa yang anda inginkan ketika bersama.

#8. Kualiti
Perhatian kepada anak atau urusan rumah tangga ada kala mengganggu tumpuan pada hubungan kelamin. Pilihlah masa dan tempat sesuai supaya hasilnya lebih berkualiti dan sempurna.

Hubungan kelamin bukanlah faktor utama kebahagiaan rumah tangga, tetapi penting untuk menjaga keharmonian hubungan suami isteri. Apabila hubungan suami isteri harmoni, rumah tangga turut bahagia.

Ingin bahagia bersama sepanjang usia, harus ada usaha dan kerjasama. Ghairah hidup bersama perlu dihangatkan bersama. Tiada jalan mudah untuk bahagia dan berjaya.

Selamat mencuba dan semoga kebahagiaan rumah tangga anda berkekalan selamanya.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *