Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry‘ (keserasian)? Banyak perkahwinan yang tidak boleh diselamatkan apabila tiada lagi keserasian dalam perkahwinan.
Keserasian Dalam Perkahwinan
“Chemistry” dalam perkahwinan, saya takrifkan sebagai perasaan ketika mula saling mengenali iaitu rasa rindu, ghairah (berahi) dan mahu melaksanakan rasa tanggungjawab (melindungi).
Baca: Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga
Contoh lain, misalannya jika isteri atau suami berpisah pada jangka masa yang lama, dan ada waktunya terdetik rasa kerinduaan itu, bermakna perkahwinan puan mungkin dapat diselamatkan.
Dr. Zubaidi
Persaaan rindu adalah perasaan rasa kesunyian dan ingin berjumpa dengan orang yang kita rindu. Jika suami atau isteri tidak lagi ada perasaan rindu, ia adalah tanda-tanda perkahwinan yang mulai hambar.
Tanggungjawab dan melindungi
Baca: Curang: Bertemu Kekasih Lama, Istana Bahagia Musnah
Begitu juga rasa berahi. Apabila seorang lelaki melihat wanita dan sebaliknya, ada perasaan syahwat untuk memegang, mengusap, menyentuh, berasmara dan melakukan hubungan seksual.
Perasaan rasa tanggungjawab atau mahu melindungi pula adalah perasaan mahu melaksanakan sesuatu tugas yang luar kebiasaan dengan tujuan untuk melindungi perasaan dan fizikal pasangan kita.
Sebagai contoh, mencuci pakaian dan memasak ketika isteri sakit. Tugas ini biasa dilakukan isteri, tetapi dek ada rasa tanggungjawab dan mahu melindungi, suami tidak benarkan isteri memasak dan basuh baju kerana isteri sedang sakit.
Baca: Ini 7 Keresahan Lelaki Mengenai Alat Kelamin
Maka, dia mengambil inisiatif untuk memasak dan membasuh baju, atau sekurang-kurangnya membeli lauk di kedai dan menghantar baju ke kedai dobi.
Ini tanda-tanda rumah tangga dapat diselamatkan. Jika tiada tanda ini, bolehlah meminta bantuan dari pihak ketiga seperti kaunselor.
Dipetik daripada tulisan Dr Zubaidi Haji Ahmad (facebook.com/DrZubaidiHjAhmad)