Gaya Hidup

Suami Ada Perempuan Lain? Isteri Jangan Mengalah

“Sepanjang 12 tahun kami hidup bersama, tak sedetik pun terlintas dalam bayangan saya, dia akan berlaku curang.” Rintih Suraya, dengan linangan air mata membasahi pipinya yang kemerah-merahan menahan sebak di dada.

Ada kajian mendapati, hampir 82 peratus lelaki yang menceraikan isterinya (kerana suami curang dengan perempuan lain) mempunyai keingian untuk rujuk kembali.

Apabila suami ada hubungan dengan perempuan lain, apa pilihan yang isteri ada dan boleh lakukan?

Tuntut cerai, pasrah atau rebut kembali sepenuhnya. Ramai wanita generasi kini memilih mengalah sahaja, mereka ambil keputusan meminta cerai (bercerai).

Suami Curang, Isteri Jangan Mengalah

Panduan ini mungkin boleh membantu isteri merebut dan menambat kembali hati suami yang beralih kasih kepada perempuan lain.

1. Anggap hanya firasat
Jika suami berlaku curang, biasanya isteri boleh dilihat perubahan ketara suaminya. Dia kelihatan gelisah apabila berada di rumah dan selalu mencari alasan untuk keluar.

Jika perkara ini berlaku, cuba bertenang dan usah tunjukkan kecurigaan kita. Apabila terlanjur bertanya, segera minta maaf. Cukup jika katakan, “Itu hanyalah firasat saya saja…”

Baca: Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Kredit foto: Getty Images/iStockphoto (via independent.co.uk)

Baca: Ini 9 Rahsia Bina Hubungan Suami Isteri Yang Serasi

2. Jika suami berterus-terang
Wajar jika kita menangis (kerana sedih, kecewa dan berasa dikhianati), tetapi usah biarkan keadaan berlarutan. Ini bagi memastikan agar anak tidak terabai dalam kesedihan itu. Apabila suami berterus-terang mahu berkahwin lagi, bertenang dan jangan cepat melenting.

Tanya suami, mengapa dia mahu berkahwin lagi dan apa kekurangan kita dalam di matanya. Walaupun ketika itu emosi kita tidak stabil, berusahalah untuk bersikap waras dan rasional.

3. Pertahankan keintiman
Isteri adalah wanita yang paling dekat dengan suami. Jadi, tetaplah melayan suami sebaik mungkin. Urus segala keperluannya dan usah sekali-kali menjauhkan diri daripada suami kerana merajuk, mogok atau sakit hati. Cara ini hanya memburukkan lagi keadaan dan hubungan suami isteri. Ini membuat suami semakin intim dengan skandalnya itu.

4. Kita tetap memerlukannya
Mungkin semua keperluan rumah tangga mampu diatasi kerana kita mempunyai pendapatan sendiri dan biasa menguruskan anak. Namun, tunjukkan kepada suami bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa tanpa bantuannya.

Ini bagi menghantar isyarat halus kepada suami, sekali gus membuat suami berasa dia harus bertanggungjawab dan sangat penting serta diperlukan dalam rumah tangga (khususnya isteri dan anak-anak).

5. Buat suami cemburu
Berusahalah tampil lebih segar, cantik dan menawan untuk menarik perhatian suami. Lakukan sama seperti ketika kalian dilamun cinta, malah lebih lagi kerana kini kita adalah isterinya yang sah.

Suami pasti akan cemburu dan beranggapan kita ingin membalas dendam atas segala perbuatannya. Sekali gus timbul perasaan tidak mahu kehilangan.

Baca: Ini 7 Rahsia Rumah Tangga Bahagia Hingga Ke Syurga

6. Ajak bernostalgia
Bagi membangkitkan kembali kenangan manis dan hubungan intim dengan suami, tidak perlu mengajaknya pergi bercuti.

Memadai dengan menyembur minyak wangi atau memakai pakaian yang disukai suami sewaktu bercinta dulu. Atau ungkapkan kata-kata yang biasa diucapkan ketika awal percintaan kalian.

7. Terus berdoa
Dengan izin Tuhan, jika kita melakukannya dengan usaha sepenuh hati dan doa penuh keyakinan, tiada kata ‘tidak mungkin’ atau mustahil.

Teruslah berdoa dan yakin bahawa rumah tangga kita masih ada harapan dan boleh diselamatkan.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *