Gaya Hidup

Pergi Bercuti: Tolong Jangan Abaikan 11 Hal Ini

Kredit foto: Thinkstock

Ya, memang rasa teruja dan seronoknya dapat pergi bercuti. Apatah lagi dapat meluangkan masa bersama keluarga atau teman rapat (senang cakap, sekepala dan tidak banyak ragam). Boleh dikatakan, tiada siapa pun akan melepaskan peluang ini.

Bercuti bukan saja satu daripada cara untuk menenangkan fikiran. Pada masa sama membantu  kita untuk dapat idea, ilmu dan pengalaman baru.

Sebab itulah, ramai juga yang melakukan sesi brainstorming sambil bercuti. Kata orang, sambil menyelam minum air. Hasilnya memang terbaik! Tidak percaya, cuba dan lihat sendiri kesannya.

#Dikemaskini

Penting! Jangan Abaikan 11 Hal Ini

Baca juga: Penginapan Selesa Dan Mempesona Di Bagasta Boutique Hotel

Kredit foto: geekymint.com

Teruja hendak pergi bercuti? Tunggu.

Sebelum itu pastikan kita ambil kira 11 perkara berikut ini ketika merancang percutian.

  1. Pilih beg yang sesuai dan mudah untuk menyimpan barang secara praktikal. Jika boleh, tidak perlu bawa beg terlalu besar.
  2. Gulung dan susun pakaian dalam beg. Selain dapat menjimatkan ruang, boleh mengurangkan kedutan pada baju. Pakaian jenis kapas yang ringan dan nipis, boleh menggulungnya sekecil mungkin. 
  3. Letak barang yang berat di bahagian bawah beg supaya dapat menampung beban dan beg lebih seimbang. Jika bawa barang seperti komputer riba atau kamera, letakkan ke dalam bekas tahan lasak sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian. 
  4. Masukkan kelengkapan peribadi seperti syampu, sabun, tuala dan ubat gigi, di dalam botol bersaiz kecil. Ini dapat menjimatkan ruang di dalam beg. 
  5. Jika bercuti di pulau atau kawasan pantai, sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya dapat diasingkan daripada pakaian bersih. 
  6. Barang penting seperti dompet atau pasport diletakkan dalam beg kecil (berasingan) untuk memudahkan kita mengambilnya apabila diperlukan. Jadi, kita tidak perlu selongkar beg pakaian dan keluarkan barangan lain. 
  7. Jika bawa kasut lebih, bungkus di dalam plastik  untuk jimatkan ruang. Apabila membawa bantal, bawalah bantal tiup yang ringan dan praktikal. 
  8. Pakaian yang mempunyai ruang penyimpanan yang banyak seperti jaket dan seluar jean sesuai ketika pergi bercuti.
  9. Pemilihan pakaian yang sesuai ketika bercuti perlu dititikberatkan. Selain cuaca, pertimbangkan perubahan musim di tempat yang ingin dikunjungi. Bagi aktiviti mengembara di dalam hutan, kasut yang sesuai perlu disediakan untuk melindungi kaki selain sebagai langkah keselamatan. 
  10. Pakaian yang mudah disuai padan, ringan dan cepat kering boleh mengurangkan beban berat beg dan kita tidak perlu heret beg besar. Tetapi jika hendak bercuti ke luar negara pada musim sejuk, jangan sekali-kali abaikan baju sejuk kerana sungguhpun tebal dan berat, tetap keperluan utama.
  11. Jangan membazirkan wang beli baju baru -persediaan bercuti. Kita mungkin ‘jatuh cinta’ dan beli banyak pakaian baru ketika bercuti.
About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang…
Read more
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *