Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Kredit foto: expatliving.hk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah.

Anak yang sedang mengalami sindrom mengamuk atau temper tantrum adalah sesuatu yang biasa (normal), tetapi boleh mencabar kesabaran kita (ibu bapa atau penjaga).

Memetik tulisan Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja, Dr. Norharlina Bahar yang diterbitkan dalam myhealth.gov.my , Tantrum boleh berlaku dalam bentuk kemarahan, kekecewaan, dan tingkah laku yang mencabar.

Anak boleh menjerit, menangis, menendang, memecahkan barang-barang, berkelakuan ganas dan kadang-kala, menahan nafas mereka.

Baca: Bagaimana Personaliti Ibu Bapa Bentuk Peribadi Anak Lebih Penyayang & Bertanggungjawab?

Mengapa Anak Tantrum?

Pada umur lebih kurang dua tahun, kanak-kanak akan menguji had kesabaran ibu bapa dan mereka (anak) tidak boleh melihat sesuatu perkara daripada pandangan orang lain.

Anak ingin bebas untuk meneroka persekitaran mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa atau guru-guru meletakkan had tertentu kerana keselamatan atau sebab-sebab lain.

Jika ini berlaku, mereka berasa kecewa kerana mahu lakukan apa yang diingini. Apabila mereka kecewa, mereka menunjukkan kekecewaan dan kemarahan mereka dengan menangis, memukul dan menjerit.

Mereka belum mempunyai kemahiran untuk meluahkan kemarahan dan kekecewaan dalam cara lain. Justeru, Tantrums adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar bagaimana mengendalikan kekecewaan dan kemarahan.

Selalunya, kanak-kanak hanya akan hentikan Tantrum apabila dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku dan reaksi ibu bapa juga menyumbang kepada berapa kerap Tantrum akan berlaku.

Kanak-kanak akan lebih cenderung melakukan Tantrum jika ibu bapa memberikan apa sahaja yang diingininya atau jika ibu bapa memberi perhatian yang lebih kepada tingkah laku yang negatif.

5 Cara Mudah Elak Anak Tantrum
Kredit foto: whattoexpect.com

Waktu Untuk Belajar

Lihat Tantrum secara positif. 

Tantrum adalah peluang baik bagi kanak-kanak mempelajari bagaimana menguruskan kekecewaan dan kemarahan, dan juga peluang yang baik bagi ibu bapa untuk mengajar anak-anak mengenai kemahiran yang diperlukan untuk mengatasi kekecewaan dan kemarahan.

Dan, sebagai ibu bapa ini juga waktunya untuk kita belajar menghadapi dan mengendali anak yang sedang mengamuk.

Bagaimana mengendalikan kanak-kanak dengan Tantrum?

Ketika anak sedang Tantrum, pastikan perkara-perkara di bawah:

  • Pastikan anak selamat.
  • Pastikan kita sentiasa tenang, dan jangan beri perhatian kepada tingkah laku itu.
  • Jangan hukum anak.
  • Jangan berikan ganjaran.
  • Jika boleh, asingkan anak.
  • Jangan biarkan reaksi orang lain mempengaruhi bagaimana kita memberi tindak balas kepada Tantrum itu.

Menghukum kanak-kanak kerana Tantrum, dengan menjerit atau memukul; akan menyebabkan Tantrum menjadi lebih teruk dalam jangka masa pendek dan menyebabkan tingkah laku Tantrum kekal dalam jangka masa panjang.

Jika ibu bapa berikan apa yang anak mahu sebagai satu cara untuk menghentikan TantrumTantrum akan menjadi lebih teruk lagi.

Jika ibu bapa melakukan perkara ini, kita sebenarnya mengajar anak menggunakan Tantrum untuk memanipulasi keadaan dan menyebabkan tingkah laku ini berterusan hingga dewasa.

Baca: 7 Cara Berkesan Kawal Anak Nakal

Abaikan Tantrum

Ini adalah cara yang terbaik untuk mengendalikan Tantrum.

Ibu bapa patut mengajar anak-anak bagaimana untuk mengendalikan kemarahan dan kekecewaan. Cari punca apa yang menyebabkan Tantrum.

Dengan mengetahui apa puncanya, ibu bapa boleh bertindak sebelum anak gagal mengawal emosi mereka.

Ibu bapa boleh menggunakan ‘time-out’ jika anak berumur dua tahun atau lebih.

Time-out’ adalah cara terbaik jika mereka yang faham mengapa ia digunakan. ‘Time-out’ akan menjauhkan kanak-kanak daripada situasi yang sukar dan akan memberi masa untuk dia bertenang.

Ia juga mengajar kanak-kanak bahawa Tantrum adalah satu tingkah laku yang tidak boleh diterima.

Apa yang perlu ibu bapa dilakukan jika Tantrum berlaku di rumah?

Apabila kanak-kanak melakukan Tantrum di rumah, ibu bapa perlu bertenang.

Bawa anak anda ke tempat yang selamat untuk dibiarkan bersendirian. Tinggalkan bilik, tutup pintu dan datang semula hanya jika anak kembali tenang.

Jika bimbang untuk tinggalkan anak berseorangan, kita boleh duduk berhampiran dengannya tetapi jangan berikan sebarang tindak balas kepadanya.

Jangan pandang anak. Bila dia kembali tenang, bercakap dan berbincang dengan anak mengenai kelakuannya.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan apabila Tantrum berlaku di tempat awam?

Bawa anak keluar dari kawasan awam sekiranya boleh.

Bawa dia ke tempat yang ada privasi. Tempat terbaik adalah di dalam kereta, di tempat duduk bayi.

Kita boleh berdiri berhampiran kereta atau duduk di dalam kereta tanpa memberi sebarang tindak balas kepada kelakuan itu. Apabila Tantrum reda, cakap dengan anak mengenai kelakuannya.

Jika Tantrum berlaku di tempat yang kita tidak boleh bawa anak ke tempat yang lain seperti di dalam kapal terbang, pastikan kita tenang dan abaikan kelakuan anak. Sebaik sahaja anak tenang, bercakap dengannya mengenai kelakuannya.

Kanak-kanak akan belajar cara yang lebih sihat untuk mengendalikan emosi. Walau bagaimanapun, jika Tantrum berterusan, dia mungkin perlu bantuan untuk mengatasi kemarahan.

Elak Anak Tantrum

Ramai ibu bapa berpengalaman berpendapat, menghadapi anak kecil yang tantrum harus sabar dan tenang.

Ya, setuju. Pun begitu, lebih baik lagi jika dapat mencegahnya dari awal.

Pakar Pediatrik dan Pengasas 411 Pediatrics & After Hours Care in Austin, Texas, Ari Brown, M.D., menerusi newparent.com berkata, sebenarnya tantrum anak biasa bermula lebih awal. Seawal usia satu tahun anak boleh mendapat dan mengalami sindrom mengamuk.

“Biasanya, rata-rata umur anak untuk mengalami amukan marah adalah antara satu tahun dan empat tahun.

“Kanak-kanak bukan sahaja berusaha untuk berdikari, tetapi mereka juga mempunyai perbendaharaan kata yang terhad dan tidak dapat menyatakan keinginan, keperluan dan kekecewaan mereka dengan baik.” 

Seperti dipetik daripada bacaan New Parent, ada 5 cara mudah yang boleh membantu mengelak anak tantrum atau paling tidak, dapat dikuranginya.

Baca: Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan Suami Isteri

5 Cara Elak Anak Tantrum

5 Cara Mudah Elak Anak Tantrum
Robert Nickell- Daddy & Co.

1. Realistik

Ini bukan hanya untuk menetapkan had tingkah laku anak kecil kita, tetapi menyesuaikan harapan kita tentang apa yang dia mampu. 

“Sekiranya kita tahu anak anda lapar atau letih selepas sekolah atau jagaan harian, membawanya berjalan atau meminta anak melakukan sesuatu tugasan mungkin bukan idea yang baik,” kata Brown. 

Tahu dan fahami perangai anak, aktivitinya, bila dia lapar,  penat dan perlu rehat. Menjaga moodnya agar tetap dalam keadaan baik (terkawal) dapat membantu mencegah berlakunya tantrum.

2. Konsisten

Jaga konsistensi sikap kiota kepada anak. Jangan secara sambil-lewa. Misalnya, hari ini dia boleh menonton TV hingga malam, besoknya tidak boleh.

Sikap ini akan membuat anak keliru dan tertanya-tanya alasannya. Buat rutin dan peraturan yang jelas agar anak faham dan dapat mengikutinya.

“Anak-anak memerlukan rutin dan peraturan,” kata Pakar Keibubapaan dan Pengasas Daddy & Co, Robert Nickell ( a.k.a. Daddy Nickell).

3. Siap sedia

Terkadangkala tantrum anak tidak diketahui apa sebab dan puncanya, jadi selalu siapkan diri dan mental kita untuk menghadapi apa sahaja situasi. Belajar mengalihkan perhatian agar dapat lupa masalah dan menenangkan emosinya.

Gangguan dapat membantu mencegah – atau sekurang-kurangnya memendekkan – kemarahan anak kecil. Mainkan permainan, tawarkan makanan ringan yang sihat, nyanyikan lagu kegemaran anak — apa sahaja yang mungkin dapat membantu anak mengalih perhatian dan melupakan punca yang membuatnya marah (mengamuk).

Baca: 10 Tip Persediaan Awal Kehamilan Untuk Bakal Ibu

4. Adil

Tantrum pada anak kecil boleh dikendalikan jika dilakukan dengan adil. Jangan memaksa ketika anak tidak suka, misalnya memilih makanan, mainan dan kegiatan yang akan dilakukan. Keep them happy.

Tambah Robert Nickell, “Biarkan anak memilih sweater warna apa yang dia pakai, atau jus epal atau susu. Sekiranya boleh, biarkan anak mempunyai kekuatan dalam kehidupan sendiri. “

Ya, menjadi ibu dan bapa memang memperlukan proses belajar yang panjang. hal ini tidak lepas daripada kemahiran yang boleh diasah setiap masa agar dapat menjalankan tugas dengan terbaik.

5. Gaya hidup sihat

Jagalah pemakanan anak dengan baik. Berikan makanan yang sihat, segar dan berkhasiat kepadanya. Elakkan makanan ringan, banyak kandungan gula dan bahan berperisa.

Selain sediakan masa untuk melakukan riadah bersama keluarga, sama ada pada waktu pagi atau petang. Cara ini sekali gus dapat mengeratkan lagi hubungan kita dan anak.

Semoga bermanfaat dan keluarga kita kekal harmonis.

About author

Articles

Berusaha menulis dari hati, dengan harapan anda yang membaca puas hati. Jika anda rasa tulisan saya ini bermanfaat, silakan kongsi dan sebar luaskan kepada kenalan anda. Terima kasih.
Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *