Gaya Hidup

Cabaran 30 Hari Eratkan Hubungan Suami Isteri

Sahut Cabaran 30 Hari ini untuk bantu kukuhkan hubungan anda dan pasangan. Dan lihat sendiri hasilnya.

Memang, banyak sekali dugaannya untuk mempertahankan hubungan suami isteri supaya tetap erat dan harmoni hingga ke Syurga.

Dan, benar, tiada satu perhubungan pun yang tidak diuji dengan masalah hingga membawa zon ke perang dingin, bermasam muka dan mula membawa haluan sendiri.

Usah biarkan keadaan ini berterusan. Mari sertai cabaran 30 hari eratkan hubungan anda dan pasangan.  Lihat sendiri hasilnya. Dijamin anda dan pasangan mahu melakukannya lagi.

Ayuh! Kita mulai cabaran 30 hari ini, sekarang!

1. Hantar pesanan teks romantik dan indah kepada pasangan. 

2. Luangkan 1 jam masa bersama pasangan (baca; tanpa gangguan telefon).

3. Tanya pasangan, “Bagaimana perasaan Sayang hari ini?” . Dengarkan dengan baik dan beri perhatian sepenuhnya. Tawarkan penyelesaian pada masalah yang diceritakan (jika ada).

4. Kongsi matlamat yang ingin anda capai bersama pasangan.

5. Tulis nota manis untuk pasangan dan sembunyikan. Biar pasangan jumpa nota itu sendiri.

6. Tulis 5 perkara yang anda suka mengenai pasangan dan tunjukkan senarai itu kepadanya.

7. Berjalan bersama. Pegang tangan dan berbual perkara menyeronokkan ( atau bermakna).

8. Sarapan bersama di atas katil.

9. Kongsi nilai sebuah keluarga dengan pasangan yang anda ingin bawa ke dalam hubungan.

10. Pasangan lagu romantis dan menari bersama perlahan-lahan.

11. Beritahu pasangan bahawa anda mempunyai ketakutan yang timbul dalam diri anda (mengenai hubungan kalian) dan berkongsi ketakutan itu.

12. Berikan pasangan anda 5 pujian bermakna sepanjang hari. Misalnya, “Sayang suka cara Abang memandu hari ini.”, “Sayang nampak lebih berseri hari ini.”, atau “Terima kasih masak untuk Abang hari ini. Sedap sangat Gulai Udang tadi.”

13. Anda saling mencintai, bukan? Isu yang paling umum dalam apa-apa hubungan ialah penghalang komunikasi. Setiap orang mempunyai cara menunjukkan cinta juga sayang yang berbeza dan mudah terlepas tanda apabila menunjukkan kepedulian.

Dengan sedikit bantuan daripada ‘ujian bahasa cinta’, anda dan pasangan boleh belajar mengenal pasti akar konflik hubungan, memberi dan menerima cinta dengan cara lebih bermakna. Sekali gus hubungan semakin erat daripada sebelumnya. 

Cabaran 30 Hari Erat Hubungan Suami Isteri
Kredit foto: Sumber Google

Baca juga: 4 Tanda Hubungan Suami Isteri Bermasalah

14. Memasak dan makan bersama.

15. Buat  kerja rumah yang anda tahu pasangan tidak suka lakukan. Misalnya kemas dapur, lipat pakaian atau cuci lantai bilik mandi.

16. Bermain permainan santai bersama seperti card games, catur atau video game.

17. Lihat gambar lama bersama dan imbau kembali kenangan lama.

18. Mandi bersama.

19. Pasang lagu yang mengingatkan anda mengenai pasangan dan nyanyikan kepadanya, gaya karaoke.

20. Tulis surat cinta kepada pasangan dan bacakannya dengan kuat dan penuh perasaan.

21. Menonton wayang, konsert muzikal, teater atau persembahan kebudayaan bersama pasangan.

22. Rancang percutian masa depan bersama dan tetapkan tarikhnya.

23. Sediakan makan tengah hari yang istimewa untuk di bawa ke tempat kerja pada keesokan harinya.

24. Ajak pasangan lakukan aktiviti sukarelawan bersama.

25. Urut dan picit tubuh pasangan dengan sesekali memberikan belaian manja.

26. Bergilir rakam gambar satu sama lain. Kemudian tampal gambar dalam buku skrap khas.

27, Lakukan sesuatu bersama (yang tidak pernah dilakukan) anda (atau pasangan) sebelum ini

28. Buat semula tarikh pertemuan pertama anda bersama pasangan.

29. Masuk kursus jangka pendek bersama. Misalnya kelas tarian, melukis atau fotografi.

30. Kejutkan pasangan dengan hadiah kecil tetapi bermakna.

Bagaimana? Mudah, bukan? Di mana ada kesungguhan, di situ pasti ada jalan terang menuju kebahagiaan. Selamat mencuba.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *