Inspirasi

7 Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda

Foto: (Kredit to fortune.com)

Jack Ma dan kata-katanya. Tidak pernah berhenti memukau. Setiap butir kata lelaki terkaya China ini selalu menjadi inspirasi, sekali gus motivasi khususnya mereka yang mencari hala tuju dan kejayaan dalam hidup.

Ramai belia dan usahawan muda tertarik dengan falsafah juga kata-kata dorongan daripada Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Alibaba (syarikat e-dagang antara paling berjaya di dunia) ini. Jack Ma sentiasa berpegang teguh pada prinsip hidupnya, “Jangan sekali-kali menyerah kalah.” Pada bahagian pertama ini, kami kongsikan kata-kata emas dan motivasi Jack Ma kepada anak muda.

Ini Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma kepada anak muda

1. Pengajaran dan pengalaman

“Jika kamu sudah mencecah umur 25 tahun, tak perlu risau akan setiap kesalahan yang anda buat. Itu adalah pengajaran dan pengalaman terbaik untuk diri anda. Ini yang saya selalu beritahu diri sendiri dan anak muda.

2. Pelajar yang baik

“Sebelum umur anda mancapai 20 tahun, jadilah pelajar yang baik. Belajar bersungguh-sungguh, hormat ibu bapa dan guru. Kalau mahu berbisnes belajar dan dapatkan pengalaman dahulu.

3. Syarikat kecil

“Sebelum umur anda 30, ikutlah seseorang. Berkerjalah dengan syarikat yang kecil dahulu. 

“Umumnya, syarikat besar sangatlah baik untuk mempelajari proses pekerjaan. Sebab, anda adalah sebahagian daripada  ‘mesin besar’ nya. Apabila anda bekerja di syarikat yang kecil, anda belajar mengenai kesabaran, belajar membina impian, belajar cara melakukan banyak hal sekali gus. Ini sekali gus beri anda lebih motivasi untuk mencapai target.

Teruskan membaca Kata-kata Emas Dan Motivasi Jack Ma Kepada Anak Muda;

4. Pilih bos

“Sebelum usia 30 tahun, bukan persoalan di mana syarikat anda kerja. Tetapi bos bagaimana yang anda ikut. Ini sangat penting. Bos yang baik ajar anda banyak perkara dengan cara berbeza. Jadi, pilihlah bos ‘terbaik’ untuk anda belajar dan kutip banyak pengalaman berharga.

Perbaiki tahap keyakinan anda. Baca 19 Cara Bina Keyakinan Diri

5. Fikir dengan jelas

“Pada usia dari 30-40 tahun, keputusan penting perlu dibuat ketika ini. Mulai bimbang mengenai diri anda. Ini fasa penting yang harus anda fikirkan dengan jelas. Ke mana arah usaha dan tenaga perlu dihalakan untuk mencapai target anda.

6. Mahir

“Apabila masuk usia 40-50, anda harus lakukan sesuatu sesuai dengan kemampuan dan kepakaran anda. Jangan melompat ke bidang lain kerana sudah terlambat. Ya, mungkin anda akan berjaya tetapi risiko untuk gagal terlalu besar.

“Menginjak ke usia 60 tahun, gunakanlah masa ini untuk diri sendiri. Luangkan masa untuk buat sesuatu yang anda suka seperti berkebun, pergi ke pantai. Sedarlah, waktu ini sudah terlambat untuk berubah.

7. Jatuh, bangun

“Jadi, nasihat saya untuk belia dan usahawan muda, Pada usia 25 tahun buatlah apa-apa sahaja kesalahan. Jangan risau anda akan jatuh. Anda jatuh, anda bangun. Anda jatuh lagi… Ini motivasi yang baik untuk diri anda. Nikmatilah semua proses itu. Anda baru berusia 25 tahun. Nikmati dan tempuhi perjalanan itu dengan jiwa besar.”

Bantulah anak muda. Bantu orang kecil. Mereka akan menjadi besar. Anak muda akan memiliki benih yang anda semai dalam fikiran mereka. Dan apabila dewasa, mereka akan mengubah dunia. – Jack Ma

Foto: www.weforum.org

#Bahagianpertama

Related posts
Inspirasi

Rendah Hati Walau Sejauh Mana Kita Pergi

Kadang-kadang, kita terlupa. Apabila kita sudah capai apa yang kita impikan, apabila kita berasa…
Read more
Inspirasi

Motivasi: 17 Sebab Kita Cepat Putus Asa Capai Impian

Setiap kita pastinya ada impian dan harapan yang ingin diraih. Kemudian, kita berusaha untuk…
Read more
Inspirasi

Tak Mengapa Rasa Sedih Dan Bersalah: 5 Cara Mengatasi

Pernah rasa seperti langit pun kelihatan lebih kelabu daripada biasa, dan semua benda yang kita buat…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Inspirasi

19 Cara Bina Keyakinan Diri

Worth reading...