Gaya Hidup

Ini 5 Sebab Mengapa Dia Belum Melamar

Katanya cinta. Hampir setiap hari diucap sayang dan rindu. Tetapi, setelah lama bercinta, pasti kita (khususnya perempuan) ingin hubungan dimeterai lafaz ijab dan kabul yang suci. Pun, sayang sekali, si dia belum juga datang melamar?

Mengapa si dia belum datang melamar? Takut atau belum bersedia? Mungkinkah ada sebab yang membuat dia bimbang dan belum berkeyakinan menyunting bunga idaman hati? Berikut ini beberapa sebab mengapa lelaki belum melamar bakal isterinya;

5 Sebab Gagal Lepaskan Cinta Lama Dan Move On

Ini 5 sebab dia belum datang melamarmu;

1. Kewangan
Ada segelintir lelaki sangat bimbang tidak dapat menanggung keluarganya dan kadangkala bakal isteri yang berpendapatan lebih besar atau bercitarasa tinggi boleh menjadi beban kepada mereka. Jadi, kita (baca; perempuan) perlu lebih peka mengenai perkara ini dan berikan sokongan kepadanya.

2. Kedudukan kerjaya
Bagi lelaki, kedudukan dalam kerjaya sangat penting. Semakin tinggi kedudukan mereka, bertambah tinggi nilai mereka di mata masyarakat terutama keluarga bakal isteri.

Justeru, kita harus bijak melayani egonya dengan cara menghargai, sekali gus membuat dia berasa sangat diperlukan. Paling penting, usah bersikap memaksa atau mendesak, sebaiknya biarkan dia melakukannya mengikut kemampuan sendiri.

3. Kelemahan
Lelaki paling takut pada kelemahan fizikal dan emosi, malah mereka tidak suka dianggap emosional. Padahal, jika masalah emosi tidak diatasi segera, boleh mengganggu kesihatan fizikal mereka.

Setiap pasangan yang menjalin hubungan istimewa pastinya mengharapkan satu ikatan rasmi dan sah dimeterai.
Kredit foto: Gambar majlis perkahwinan selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail.

Perlukah Simpan Sakit Hati Sampai Mati?

Ajaklah si dia berkongsi masalah atau kebimbangannya. Pada masa sama, beri keyakinan kepada mereka bahawa bukan wanita sahaja boleh meluahkan isi hati. Lelaki juga tidak terkecuali kerana kita adalah manusia, sikap dan keinginan kita hampir sama.

4. Kehidupan seks
Beberapa kajian daripada pakar perancangan keluarga mendapati, lelaki sangat bimbang mengenai kehidupan seksualnya. Mereka takut tidak dapat memuaskan pasangannya atau ada masalah pada alat sulitnya seperti ejakulasi awal. Jadi, sebaiknya ajak dia berbincang atau dapatkan nasihat doktor.

5. Tanggungjawab
Ramai lelaki berasa bimbang tidak dapat menjadi ayah yang baik kepada anaknya. Apatah lagi jika mereka pernah melalui masa silam yang menyedihkan seperti penceraian, penderaan dan lain-lain. Mungkin tanpa disedari mereka bimbang perkara itu menimpa keluarganya, terutama anak.

Jadi, bolehlah semak atau bertanya kepada si dia, sama ada lima penyebab di atas menjadi punca belum masuk meminang.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran.
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *