Gaya Hidup

Ini 5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Produk

Setiap hari kita makan. Biasanya tiga kali sehari tetapi kurang bersenam. Badan semakin mengembang dan melebar. Lemak dan kalori terus menimbun.

Ya, pengambilan makanan berlebihan setiap hari dan tidak diimbangi dengan olahraga atau senaman yang cukup, bukan sahaja boleh membuat tubuh kita semakin kembang. Malah, mengundang masalah kesihatan serius. Mahu tahu cara mudah dan cepat bakar lemak tanpa bantuan produk pelangsing ?

Teruskan bacaan anda, kami akan kongsikan cara mudah dan cepat bakar lemak tanpa bantuan produk pelangsing

Keluhan biasa seperti baju yang biasa dipakai menjadi ketat dan sendat adalah petanda jelas berat tubuh kita sudah naik beberapa kilogram. 

Bagaimana kita dapat mengatasi keadaan ini?

Pada dasarnya, banyak cara yang boleh dilakukan untuk membakar timbunan lemak dan kalori yang berkumpul dalam badan. 

Satu daripada cara untuk menyingkirkan timbunan lemak degil di dalam tubuh adalah dengan berolahraga. 

“…tapi saya selalu sibuk dan kerja tak tentu masa. Macam mana nak bersenam?”

Ada boleh lakukan beberapa perkara di bawah ini. Mudah dan selamat.

1. Membeli-belah

Siapa tidak teruja apabila dapat mengunjungi pusat membeli-belah. Apatah lagi bila ada jualan murah? 

Tidak hanya sekadar memanjakan mata dan memuaskan keinginan untuk membeli apa yang diinginkan. Kegiatan ini  boleh menjadi pilihan untuk membakar kalori cara mudah dan cepat.

Membeli-belah  45 minit tanpa henti (terus berjalan tanpa rehat) sangat berkesan untuk membakar 90 kalori dalam badan. Hebat, bukan!

2. Mengemas rumah

“Tetapi saya ada pembantu rumah.” barangkali kalimat ini yang terlontar dari bibir segelintir kita. 

Nanti… Cuba lihat dulu manfaatnya. Meluangkan masa mengemas rumah pada hujung minggu dapat membantu anda membakar 450 kalori. Wow! Rugilah jika malas kemas rumah.

Hanya dengan mengamalkan cara mudah dan cepat bakar lemak ini, kita dapat menjimatkan wang, pada masa sama memanfaatkan masa.

3. Menari

Suka menari? Bagus, sewaktu menari, tubuh anda telah berjaya membakar 230 kalori dalam masa kurang daripada satu jam sahaja. Gerakan dalam tarian yang penuh bertenaga dapat membantu membakar lemak tanpa bantuan produk pelangsing.

4. Berasmara

Sttt… Cara yang satu ini hanya untuk pasangan suami isteri sahaja. Tahukah anda, setiap kali melakukan hubungan kelamin boleh menyingkirkan 65 kalori?

5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Bantuan Produk
Lemak dan kolori dalam badan boleh memberi kesan pada kesihatan tubuh.
Kredit foto:Reader’s Digest

5 cara mudah dan cepat bakar lemak tanpa bantuan produk pelangsing yang boleh diamalkan dalam rutin hidup kita

Selain empat cara di atas, ada cara mudah dan cepat bakar lemak adalah melalui makanan dan minuman.

5 Khasiat Susu Badam Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Benar. Makanan juga boleh membantu membakar lemak cara mudah dan cepat. Antara sumber makanan pembakar lemak;

1. Minum Teh Hijau dan Teh Hitam

Teh mengandungi kafein yang dapat meningkatkan jumlah kalori yang dibakar. Salah satu yang dapat dirasakan dalam sesaat, anda berasa seperti mendapat banyak tenaga. 

Kafein juga dapat menimbulkan perubahan metabolisme tubuh yang membuat lebih banyak kalori dibakar.

2. Makan sedikit, tetapi kerap

Setiap kali anda makan, sistem pencernaan dapat bekerja dan mencerna makanan, kemudian menyerap nutrisi. 

Bagi menghidupkan mesin pencernaan dan melakukan proses ini, tentunya memerlukan kalori . Sebab itu, amalkan makan sedikit tetapi kerap kerana dapat membakar lebih banyak kalori.

3. Ambil sarapan

Orang yang mengabaikan sarapan cenderung lebih banyak mengambil kalori pada waktu makan tengahari, petang atau malam. 

Setiap hari kita perlu mengambil sarapan untuk mengelakkan pengambilan kalori berlebihan.

4. Susu rendah lemak

Kalsium yang terkandung di dalam susu rendah lemak dapat membantu membakar lebih banyak kalori, namun mekanisme ini berfungsi dalam dua cara berbeza. 

Pertama, membantu menyerap lebih sedikit kalori dan lemak daripada makanan ketika mengambil kalsium daripada minuman susu rendah lemak. 

Kedua, kekerapan mengambil minuman berkalsium tinggi, termasuk susu rendah lemak dapat menurunkan lemak pada perut.

5. Minum lapan gelas sehari

Cara mudah dan cepat bakar lemak tanpa bantuan produk pelangsing adalah minum lapan gelas air putih (dua liter) sehari dapat membantu membakar 100 kalori dalam tubuh. 

Jumlah pembakaran mungkin kedengaran tidak terlalu besar, tetapi jika dihitung dalam seminggu boleh mencapai 700 kali atau sehingga 2800 sebulan. 

Bagaimana pun, jangan minum air secara berlebihan kerana boleh mengancam kesihatan.

Dengan mengamalkan cara mudah dan cepat bakar lemak ini, dijamin kita akan lebih sihat. Pada masa sama, mendapat bentuk badan idaman tanpa bantuan produk pelangsing.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *