Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata Aidilfitri ini cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya anda kelihatan lebih eye catching. Bukan itu sahaja, rona ini juga dipercayai memberi kesan langsing pada tubuh. Selain membantu menyerap sinar UV berbahaya pada kulit. Impak biru, hebat bukan.

“I feel so blue”. Sepotong kalimat ini pasti pernah singgah di telinga anda. Satu kalimat yang membawa makna tersirat bahawa seseorang sedang sedih atau terluka. Hurmmm… Benarkah gaya biru selalu identik dengan sesuatu yang muram dan sedih?

Kredit foto: express.co.uk

“Style is something each of us already has, all we need to do is find it.” — Diane von Furstenberg


Baca: 5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos

Tampil moden dengan gaya biru

Biru termasuk dalam kategori rona dingin. Kononnya dapat menimbulkan kesan tertentu pada bentuk tubuh. Termasuk memberi kesan tubuh lebih langsing.

Kredit foto: justjared

Pilihan rona ini juga perlu sesuai agar benar-benar menonjolkan ‘ impak biru ‘ pada penampilan anda.

Pastikan bukan biru pudar kerana ini memberi impak suram pada diri pemakai. Pilih biru ‘mewah’ bagi menegaskan penampilan anda.

Kredit foto: hawtcelebs.com

Baca: Koleksi Eksklusif Syawal Amin Jauhary 2021

Lebih menarik, bentuk tubuh yang gemuk dan berat akan kelihatan lebih kurus jika mengenakan pakaian warna biru.

Tambahan lain supaya penampilan lebih menyerlah, aplikasikan dengan padanan rona lain seperti, putih, hitam atau coklat.

Kredit foto: Pinterest

Hasilnya, gaya anda tidak mendatar kerana terdiri daripada beberapa tone warna.

Jadi, kesan sedih juga akan bertukar dengan penampilan lebih menyerlah denggan moodjauh lebih baik daripada sebelumnya.

Biru juga melambangkan kebijaksanaan juga filosofi tinggi dan dalam.

Begitulah impak gaya biru yang mampu serlah pesona Memukau dan tersendiri.

Tidak percaya, cuba dan lihat sendiri kesannya kepada diri anda, ok!


“Anyone can get dressed up and glamorous, but it is how people dress in their days off that are the most intriguing.”Alexander Wang.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Kewangan: Bijak Urus Belanja, Rumah Tangga Bahagia

Baharu masuk pertengahan bulan, Zainal sudah garu kepala memikirkan wang gajinya tidak cukup untuk…
Read more
Gaya Hidup

Tip: Pilih Coli Sesuai Elak Payudara Sakit

Coli ataubrabukan hanya sekadar pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya untuk…
Read more
Gaya Hidup

8 Cara Jaga Mata Agar Sihat Dan Menawan

Sinar matamu sungguh mempesonakan. Tidak jemu untuk terus memandangmu. Bergetar sanubari bagai…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *