Gaya Hidup

Cara Buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur - senang tapi sedap.

Disajikan bersama nasi panas, jika suka bolehlah renjiskan kicap lemak manis secukup rasa. Lauk kegemaran sepanjang zaman ini memang membangkitkan selera seisi keluarga.

Senang tetapi sedap.

Betul, sebut sahaja Ikan Pekasam, pasti ramai kecur liur. Dimasak dengan apa cara sekalipun, tetap memenuhi cita rasa khususnya penggemar tegarnya. Kali ini, kami kongsikan satu cara penyediaan yang cukup ringkas. Resipinya senang dan sangat sedap. Jom, bahan yang diperlukan dan cara buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur. .

Penyediaan Resipi Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Sekarang, memang banyak sekali pilihan jenis ikan yang dibuat pekasam. Ada Ikan Sepat, Talapia, Gelama, Puyu, Kembung dan beberapa jenis ikan sungai lain. Semua jenis ikan berkenaan memang sesuai digunakan sebagai bahan utama resipi ini.

Bahan-bahanya:

1 bungkus Ikan Pekasam (anggaran 2-3 ekor)

2 biji telur

1 biji bawang besar

3-4 tangkai cili padi

Minyak untuk menggoreng

Baca juga: Buah Asam Kandis Menggamit Memori

Cara Buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur
Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur – senang tapi sedap. Rugi kalau tak cuba resipi ini.

Cara buat Ikan Pekasam Goreng Telur Pecah :

  • Tulang ikan pekasam diasingkan tulang kasar dan keras. Ambil isi ikan sahaja. Beras yang digunakan untuk salut ikan pekasam ini jangan dibuang atau basuh, ya. Ini antara penyedap dan menambah aromanya apabila digoreng nanti.
  • Basuh bersih kulit telur. Di dalam mangkuk, pecahkan telur dan kacau dengan sudu makan 3 hingga 4 kali.
  • Hiris bawang besar dan cili padi. Ke tepikan.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak secukupnya. Kemudian goreng isi ikan pekasam sehingga agak garing.
  • Masukkan hirisan bawang dan cili. Gaul sebati dan goreng sehingga layu.
  • Akhir sekali, masukkan telur. Gaul sebati bersama isi ikan pekasam. Goreng sebentar dan padamkan api.

Ringkas dan senang sahaja, bukan. Paling pasti, aroma dan rasanya memang luar biasa. Hah… Tambah nasilah jawabnya, hihihi.

Kemas kini

Related posts
Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang…
Read more
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *