Gaya Hidup

Resipi Ayam Meraung

Kita biasa dengar menu Daging Meraung, bukan. Ya, hidangan enak dan menambat hati ini sedang viral. Ramai telah mencubanya dan mengakui kelazatan juga kelainan rasanya.

Apa kata, cuba pula resipi ringkas dan mudah yang dikongsi wanita ini. Resipi dan cara penyediaan boleh menggunakan daging mahupun ayam. Dalam resipi ini, Sarina Seman (menerusi group Masak Apa Hari Ni – MAHN) kongsikan resipi dan cara membuat Ayam Meraung. Hmmm… Nampak lazat dan cukup menyelerakan.

Kredit resipi: Sarina Seman

Inilah Resipi Ayam Meraung 

Saya ingin kongsikan resipi  Ayam Meraung. 

Berinspirasikan daging bakar Thai, tapi kali ini, saya guna ayam atas permintaan ‘kluster ayam’ di rumah ini. 

Ayam potong 4, saya guna bahagian peha dan betis, buang tulang. 

Bahan perapan daging/ayam:

Daging (biar ada lemak sikit)/ayam 

Akar ketumbar

Bawang putih

Gula perang

Sos ikan 

Kicap pekat

Lada sulah/hitam

Minyak

*Semua bahan tiada sukatan tepat. Anggaran mengikut berapa banyak daging atau ayam yang digunakan – (Editor)

Cuba juga: Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba
Resipi Ayam Meraung
Kredit Foto: Sarina Seman
Cara dan penyediaan Ayam Meraung:

1. Campur semua bahan (kecuali daging/ayam). Kemudian, lumur pada daging/ayam sehingga sebati. 

Perap sekurang-kurangnya 3 jam. 

2. Saya perap dan simpan di dalam chiller

3. Keluarkan 30 minit sebelum dimasak. 

4.Panaskan non stick pan. Letak sedikit minyak, bakar dengan api kecil. 

Bahan sos:

Sos ikan

Air asam jawa

Perahan limau nipis

Gula kabung/nisan Thai

Serbuk cili kasar

Beras goreng

Daun ketumbar (cincang)

Akar ketumbar (cincang)

Cili padi (cincang)

Bawang merah (cincang)

Bawang putih (cincang)

*semua bahan sos tiada sukatan tepat. Anggaran mengikut berapa banyak daging atau ayam yang digunakan – (Editor)

Cara dan penyediaan:

Dalam mangkuk, campur semua bahan dan gaul sebati. Perasakan sesuai selera.

Ramadan ini, bolehlah kita sama-sama mencuba resipi Ayam Meraung ini. Selamat berpuasa.

Cuba: Kerabu Mangga Kelantan Keenakannya Menjilat Jari
Related posts
Gaya Hidup

Kewangan: Bijak Urus Belanja, Rumah Tangga Bahagia

Baharu masuk pertengahan bulan, Zainal sudah garu kepala memikirkan wang gajinya tidak cukup untuk…
Read more
Gaya Hidup

Tip: Pilih Coli Sesuai Elak Payudara Sakit

Coli ataubrabukan hanya sekadar pakaian dalam bagi wanita. Tujuan utamanya untuk…
Read more
Gaya Hidup

8 Cara Jaga Mata Agar Sihat Dan Menawan

Sinar matamu sungguh mempesonakan. Tidak jemu untuk terus memandangmu. Bergetar sanubari bagai…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *