Gaya Hidup

7 Cara Berkesan Kawal Anak Nakal

Didik anak bukan tugas mudah. - Gambar hiasan.

Kadang kala, kita (ibu bapa) berada dalam keadaan sukar apabila anak melakukan berkelakuan nakal seperti suka memukul adiknya, mengambil barang rakan tanpa izin, sepahkan makanan atau tidak mendengar arahan. 

Ya, tiada siapa dapat menafikan, mendidik dan membesarkan anak pada zaman ini memang mencabar. Pada masa sama, sebagai ibu bapa, kita sibuk mencari nafkah dan mengurus rumah tangga. Lalu, tanpa sedar kita mungkin terlepas pandangan akan perubahan perilaku mereka. Apakah cara berkesan kawal anak nakal?

Kebiasaannya, kanak-kanak pada usia empat hingga 11 tahun memang ada perangai nakal mereka sendiri. Sama ada kerana pengaruh rakan sebaya, rakan di sekolah atau memang dia tergolong hiperaktif.

Jadi, apakah cara dan tindakan yang sebaiknya kita lakukan untuk menghadapi sikap anak yang demikian?

Pukul? Marah? Denda?

Tidak. Cara begini tidak mendatangkan apa-apa hasil, sebaliknya membuat anak bertambah nakal dan semakin degil. Anda tambah tertekan.

Berikut ini kami kongsikan 7 cara berkesan kawal anak nakal yang boleh membantu ibu bapa dalam mendidik juga membesar amanah Tuhan sebaik mungkin.

Ini 7 Cara Berkesan Kawal Anak Nakal

1. Jika kita (ibu bapa) mendengar atau mengetahui anak ada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik, misalnya bergaduh dengan rakan. Atau bawa balik barang permainan orang lain, sila bertenang dan jangan marah atau memukulnya. Tanya dengan baik dan beri penjelasan kepadanya bahawa perbuatan itu salah dan tidak boleh dilakukan.

2. Meskipun yang membuat kesalahan itu anak kita, sebaiknya jangan bersikap terlalu melindungi. Sebagai ibu bapa, kita harus tegas dan adil demi kebaikan masa depannya.

Hanis Zalikha – Rugi Tak Rakam Momen Bersama Keluarga

3. Jika benar anak melakukan kesalahan, suruh dia minta maaf kepada orang berkenaan dan jangan ragu-ragu untuk memberikan hukuman (berbentuk pengajaran positif, bukan menghukum semata-mata) kepadanya.

4. Antara cara berkesan kawal anak nakal adalah berkomunikasilah dengan penuh diplomasi dan kasih sayang. Beri waktu kepadanya untuk berjalan berdua bersama kita, ajak atau ‘pancing’ dia untuk berkongsi apa-apa sahaja dan meluahkan masalah yang dihadapi atau keinginannya. Beri penjelasan dan pemahaman sebaik mungkin kepada anak. 

5. Bekerjasama dengan pihak sekolah, seperti guru besar, guru disiplin, guru kelas atau rakan sekelas anak. Melalui kerjasama ini, lebih mudah untuk ibu bapa memantau keadaannya ketika berada di sekolah.

6. Sibukkan anak dengan pelbagai kegiatan bermanfaat seperti baca majalah, bacaan buku, menulis cerita, melukis atau berolahraga. Boleh minta pendapatnya, apa yang ingin dilakukan waktu cuti sekolah atau apabila ada masa lapang. Bagaimana pun, pastikan kegiatan itu memberi manfaat kepadanya.

7. Jika anak tetap nakal dan melakukan perbuatan yang salah berulang kali, jangan ragu-ragu untuk mendapatkan kerjasama daripada pihak ketiga, seperti ahli psikologi, guru kaunseling memberi bimbingan kepadanya.

Bagaimana? Boleh ikut panduan 7 Cara Berkesan Kawal Anak Nakal ini? Semoga setiap ibu bapa diberikan-Nya kesabaran juga pertimbangan sewajarnya dalam mendidik dan membesarkan anak. InsyaAllah.

Related posts
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more
Gaya HidupInspirasi

Pempengaruh Media Sosial Berkaliber

Di era digital serba canggih ini, media sosial bukan sahaja menjadi platform utama untuk…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *