Gaya Hidup

5 Cara Serlahkan Seri Kediaman

Kredit foto: Ikea

Warna yang melatari ruang, mahupun perhiasan yang menceriakan suasana mampu membangkitkan keharmonian kediaman. Penataan dan pemilihannya harus seimbang serta memberi kesan menenangkan kepada penghuni.

Setiap hari terpaksa berkurung di dalam rumah, memang membosankan. Sebenarnya, banyak yang boleh dilakukan ketika kita semua berada dalam keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)ini.

Merungut hanya membuat emosi menjadi buruk dan dibimbangi tidak dapat dikawal. Jadi, apa kata, gunakan sepenuhnya peluang ini untuk mengeratkan hubungan bersama keluarga dan ciptakan kenangan yang menggembirakan. Antaranya, mengemas dan dekorasi rumah.

Tidak perlu beli perabot atau perhiasan baharu. Memadai guna pakai semula barang sedia ada. Mempunyai sedikit kreativiti peribadi menjadi bonus dan menjimatkan.

Tip berikut ini mungkin dapat membantu anda menambah sekali gus serlahkan seri ruang kediaman.

Tahun Baru, Serba Baharu: 7 Tip Beli Perabot Ikut Bajet

Kredit foto: Ikea

5 tip untuk memberi keceriaan dan serlahkan seri ruang kediaman anda;

  • Bagi memberikan kesan unik dan berbeza, pilih warna yang jarang digunakan di ruang tamu, seperti merah jambu lembu, hijau limau atau kuning pekat.
  • Jika anda kreatif bolehlah lukis mural pada dinding tumpu kediaman anda. Gunakan warna primer untuk mencipta hiasan dalaman yang berbeza. Scones berwarna dan hamparan ceria antara idea yang boleh digunakan.
  • Aksesori seperti lukisan atau jam dinding  juga boleh diletakkan di dalam bilik air dan dapur. Pilih aksesori unik dan berwarna yang mampu memukau siapa sahaja.
  • Ciptakan kelainan dengan menambah garisan belang pada warna dinding, kesannya pasti berbeza daripada satu rona biasa. Gunakan kombinasi warna ceria dan serasi.
  • Suntikan rona terang dan segar di ruang dapur anda pasti membangkitkan selera sekali gus menceriakan suasana kerja memasak. Boleh pilih merah, kuning atau oren untuk mencipta kelainan.

Mudah, bukan. Selamat mencuba. Teruskan #stayathome #kitajagakita

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang…
Read more
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *