“Jaga makan sudah, bersenam pun buat, tapi kenapa berat badan aku tak turun? Agaknya, keturunan aku memang jenis gemuk! Usaha macam mana pun tak akan kurus!” Gigih mahu mendapatkan timbangan ideal tetapi masih tak nampak hasilnya. Stres, bukan?
Nanti dahulu, jangan serabutkan fikiran dengan berfikir hingga akhirnya putus asa. Kemudian, makan ikut suka. Sebab, kita beranggapan diet pun berat badan tidak turun. Haaa… Jangan sampai terfikir ke arah itu, ya. Sayang, rugi semua usaha.
Usah susah hati jika anda masih tetap gemuk, padahal sudah berusaha menjaga pemakanan dan berolahraga. Janganlah cepat salahkan faktor genetik. Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan berat badan susah turun.
Kenapa berat susah turun walaupun diet dan bersenam?
Ada beberapa sebab yang membuat berat badan tidak turun (susah turun). Jadi, kami cadangkan, anda cuba atasi lima hal berikut ini. Mungkin selepas ini dapat membantu mencapai bentuk tubuh yang anda ingini.
1. Aktiviti kecergasan tidak mencukupi
Rutin melakukan jogging atau aktiviti mengeluarkan peluh di gym bukan bermaksud anda telah melakukan olahraga yang tepat.
Ramai tidak menyedari kekuatan tubuh sendiri hingga keperluan olahraga dilakukan tidak sebanding dengan kalori yang masuk atau tidak mencukupi untuk keperluan tubuh ideal mereka.
Biasanya, individu yang berjaya mendapat bentuk tubuh idea tidak hanya menghadkan satu jenis senaman sahaja. Jadi, bagi mencapai matlamat anda, sebaik dapatkan nasihat daripada jurulatih kecergasan dan melakukannya dengan penuh komitmen. Hangat-hangat tahi ayam, tidak akan nampak hasilnya.
2. Tolak makanan
Tidak semua makanan sesuai untuk tubuh, termasuk makanan yang dianggap sihat, seperti kacang soya, bijirin, telur, atau kekacang.
Ada keadaan tertentu yang menyebabkan seseorang mengalami ‘penolakan makanan’. Berbeza dengan alahan makanan, keadaan ini menyebabkan peradangan pada tubuh sehingga metabolisme tidak stabil.
Semakin kerap mengambil makanan sama, sistem tubuh akan terus menolak. Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dapatkan nasihat pakar pemakanan.
Salah pengambilan makanan, bukan sahaja merencatkan usaha anda untuk menurunkan berat badan. Lebih membimbangkan, boleh merosakan sistem kesihatan tubuh.
Hurmmm… Berat badan tidak turun, masalah kesihatan lain pula yang anda dapat. Lagi stres.
Ini 3 Rahsia Kekal Cantik & Awet Muda
3. Kurang minum air
Anda jaga pemakanan. Hanya makan makanan sihat dan berkhasiat tetapi kurang minum air putih. Keadaan ini tidak membantu proses pemulihan sistem tubuh. Pastikan anda minum air secukupnya sesuai keperluan tubuh anda. Elakkan minuman manis dan bergas, ya.
4. Terdedah pencemaran
Persekitaran hidup dipenuhi pencemaran racun, seperti asap kendaraan, asap rokok, ubat, bahkan mercury pada ikan akan disimpan dalam lemak. Tubuh yang dicipta tetap bertahan hidup akan menolak lemak ini sebagai bahan bakar.
Ya, betul. Zat-zat toksin ini tidak mendatangkan penyakit, tetapi boleh memberi kesan pada sistem tubuh apabila berlaku kesukaran proses menyahkan lemak daripada tubuh.
Salah satu untuk mengatasi keadaan ini adalah dengan membersihkan tubuh melalui proses detok. Pun begitu, anda perlu mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar supaya proses ini dilakukan dengan cara betul.
Selain melindungi diri daripada pencemaran seperti memakai penutup hidung jika menaiki moto atau ketika berjalan kaki di kawasan tumpuan ramai.
5. Gangguan emosi
Keadaan emosi yang tidak stabil seperti tekanan perasaan, sama ada membabitkan pekerjaan, hubungan dengan pasangan, keluarga atau rakan kerja boleh memberi kesan kepada sistem tubuh.
Gangguan (tekanan) inilah yang menganggu sistem tubuh hingga menyimpan lemak terutama di perut.
Cuba perhatikan, adakah mereka berada di sekeliling kita? Jika tidak mahu ada masalah berat badan, elakkan daripada orang-orang yang bersifat toksik kepada kesihatan emosional kita.