Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu cuba dan tukar selera?

Kami cadangkan satu lagi resipi mesti cuba ini, Kuey Teow Daging. Pernah makan? Sekali pandang, kelihatan seperti digoreng seperti biasa, tetapi rasanya berbeza dan pasti menepati selera anda.

Cara memasak Kuey Teow Daging ala Chinese Style ini kelihatan ringkas, tetapi rasanya dijamin sedap dan menyelerakan. Mesti cuba! Jika makan di restoran atau kafe, harganya memang boleh tahan.

Jadi apa kata cuba buat di rumah. Bahan yang diperlukan pun tidak banyak, cara masak juga mudah. Mahu tahu rasa dan kesedapannya, cubalah masak sendiri. Dijamin makan bertambah.

Hidangan Kuey Teow Daging ini juga sesuai disajikan kepada tetamu di pelbagai peringkat usia. Tidak rugi cuba masak sendiri, pasti digemari seisi keluarga.

Cuba juga: Kerabu Mangga Kelantan. Mudah Dan Sedap

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Bahan-bahannya:

  • 100g daging, bahagian lembut dan dipotong nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 2 ulas bawang putih, dicencang
  • 2-3 tangkai cili kering, dipotong serong dan direndam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 2-3 sudu besar air
  • Garam secukup rasa
  • 150g kuey teow
  • 2 tangkai daun bawang, dipotong serong

Cara membuatnya:

  • Di dalam mangkuk, campur daging bersama sos tiram. Gaul sebati. Ke tepikan.
  • Di dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kering, tumis lagi sehingga agak garing dan naik baunya.
  • Bubuh sos cili, sos tomato, kicap manis dan air secukupnya. Jika perlu, tambah garam secukup rasa.
  • Kemudian masukkan kuey teow, gaul sebati (tidak perlu masak mi terlalu lama, nanti lembik).
  • Akhir sekali, masukkan daun bawang. Gaul sebati dan padamkan api.

Cuba juga: Cara Buat Ikan Pekasam Goreng Pecah Telur

Tutorial Memasak Kuey Teow Daging

Related posts
Gaya Hidup

3 Rahsia Kekal Cantik & Awet Muda

Bayangkan usia anda 20-an, tetapi ada yang panggil “Kakak”. Sentap, bukan! Mood ceria…
Read more
Gaya Hidup

5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos

Penampilan sederhana tetapi penuh pesona. Istimewa Palazzo polos, menyuntik gaya moden, sopan dan…
Read more
Gaya Hidup

Bukan Dendam, Tetapi Kesan Trauma Masa Lalu

Setiap orang mempunyai sejarah silam yang berbeza – unik. Sama ada penuh kebahagiaan mahupun…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *