“Dalam perjalanan pulang ke rumah tadi, mood nak bersama isteri cukup bergelora. Tak sabar rasanya nak tarik dia masuk ke dalam bilik, tetapi apabila berada di atas katil, tiba-tiba saja ghairah tu hilang. Kenapa, ya?” Luah Saiful, wajahnya muram.
Badan sihat dan bertenaga, tetapi tiada mooduntuk bersama pasangan. Apakah ini petanda ghairah menurun? Mungkin ada faktor lain yang menyebabkan tidak berminat untuk melakukan hubungan intim, sekali gus gagal mencapai kepuasan sebenar.
Hubungan kelamin bukan sekadar memenuhi keperluan batin, juga menjadi rencah penting untuk mengeratkan hubungan pasangan suami isteri. Kegiatan ini seharusnya dilakukan dengan penuh kasih sayang, tertib dan paling penting, saling memahami serta berusaha memenuhi keinginan serta kepuasan bersama.
Beberapa kajian menunjukkan, tanpa melakukan aktiviti pemanasan, kita dan pasangan mungkin menghadapi kesukaran membangkitkan mood untuk melakukan hubungan kelamin.
Baca lagi: Perempuan, Ini 5 Jenis Lelaki Yang Mesti Dijauhi
Jadi, apa kata cuba 7 panduan ini agar kita dan pasangan dapat menikmati kepuasan sepenuhnya;
1. Tampil menggoda
Penampilan seksi (di mata pasangan)dapat membantu membangkitkan ghairah. Cuba gaya berani dengan berpakaian seksi supaya aktiviti pemanasan dapat dilakukan secara menyeluruh dan bebas.
2. Warna ghairah
Pilih pakaian dengan warna memikat dan mengghairahkan. Mungkin boleh memilih merah cili untuk tampil menyerlah dan berkeyakinan.
Merah cukup memikat di mata lelaki dan warna ini menunjukan keinginan yang sangat besar atau hitam jarang (tembus pandang) yang membangkitkan aura misteri.
Baca lagi: Takut Hubungan Kelamin Selepas Bersalin?
3. Multivitamin
Jika daya tahan tubuh kita kurang menarik, dapatkan nasihat doktor dan amalkan pengambilan multivitamin yang boleh membantu membangkitkan ghairah pasangan. Pengambilan multivitamin membuat tubuh lebih bertenaga, sekali gus memberi kepuasan sebenar ketika melakukan hubungan intim.
4. Persekitaran selesa
Suasana nyaman dan selesa membantu anda bersama pasangan tanpa gangguan. Bilik tidur bersih dan kemas membangkitkan keinginan seksual.
Jika berkemampuan, mungkin boleh ajak pasangan menginap di hotel atau resortdi tepi pantai (pulau). Bulan madu bukan hanya untuk pasangan pengantin baru sahaja, ya.
5. Wangian
Selain penampilan diri, kebersihan diri harus diberi perhatian. Bersihkan diri dan pakai wangian agar pasangan selesa serta teruja untuk bersama. Walaupun usia perkahwinan sudah lama, itu bukanlah alasan untuk memberi layanan di atas ranjang secara ala kadar.
6. Sentuhan
Saling menyentuh tubuh boleh membangkitkan mood untuk melakukan hubungan intim. Kita boleh mendapat kenikmatan dengan mengetahui titik tertentu yang dapat merangsang tubuh.
Apabila melakukan aktiviti pemanasan, sentuh bahagian tubuh yang boleh menimbulkan rangsangan dan lakukan di hadapan pasangan (atau beritahu pasangan). Dengan cara ini, pasangan tahu bahagian mana yang menjadi titik sensitif kita.
7. Pembangkit ghairah
Menurut penulis buku The Love Diet, Amy Reily, makanan laut terutama tiram boleh membantu membangkitkan ghairah. Manakala sumber daripada Times of India, menyatakan, asid amino yang ada di dalamnya berkesan meningkatkan hormon lelaki dan perempuan.
Jika tidak boleh atau kurang suka makanan laut, boleh amalkan makan saderi, timun atau tambah serbuk kayu manis dalam masakan.
Tak cuba, tak akan tahu hasilnya. Selamat mencuba.