Gaya Hidup

Tahun Baru, Serba Baharu: 7 Tip Beli Perabot Ikut Bajet

Kredit foto: Ikea

“Bang, saya suka sangat sofa ni. Kalau dipadankan dengan kabinet warna sedondon. Wah! Berseri-serilah rumah kita tahun baharu ni, Bang. Kalau ada bajet lebih, boleh tukar set meja makan sekali. Dah tiga tahun guna meja sama, bosan. Kita beli baharu, ya Bang,”  pujuk Kay, sambil tersenyum manja ke arah suaminya, Hazim.

Hajat di hati, mahu suasana rumah serba serbi berubah. Dari ruang tamu, bilik tidur hingga ke dapur ditatahias dengan perabot baharu. Tapi, cukup ke bajet? Dan bagaimana caranya kita dapat membeli perabot sesuai bajet?

Ya, tahun baharu muncul lagi. Jika ikutkan keinginan, semua mahu ditukar baharu. Ya, memang tiada salahnya jika ada bajet lebih, pada masa sama janganlah sampai membazir.

9 Idea Dekor Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah

Ini 7 tip beli perabot ikut bajet dan kemampuan kita;

Tahun Baru, Serba Baru: 7 Tip Beli Perabot Ikut Bajet
Kredit foto: Ikea

1. Mungkin anda hanya perlu menukar satu atau dua jenis barang utama sahaja, Misalnya, sofa, kabinet atau katil baharu untuk menyuntik suasana segar di ruang kediaman.

2. Paling penting, sebelum membeli sebarang perabot baharu, pastikan anda menetapkan anggaran kos selain memastikan pilihan sesuai konsep serta keluasan kediaman.

3. Perabot, perkakasan dan kemasan mahal, tidak semestinya memberi kepuasan tatarias yang anda harapkan. Keserasian menjadi kunci utama tata hias rumah anda.

4. Sama ada perabot itu mahal atau murah. Besar atau kecil, anda harus pastikan barang itu memang sesuai berada di dalam rumah anda.

Tahun Baru, Serba Baru: 7 Tip Beli Perabot Ikut Bajet
Kredit foto: Ikea

5. Ingat, beli sesuatu hanya setelah anda pasti memang sesuai dengan keperluan dan tatahias rumah anda. Jika anda tidak mahir dalam bidang hiasan dalaman, dapatkan nasihat daripada orang yang mahir.

6. Tidak perlu tergesa-gesa, kawal keterujaan anda untuk mengelak berlaku pembaziran ketika membeli barang baharu.

7. Tentu menarik jika perabot lama yang masih berkeadaan baik itu buat pembaharuan. Misalnya, dicat baru atau diganti bahagian tertentu. Banyak contoh DIY di Internet yang boleh anda cuba sendiri.

Bagaimana, boleh ikut tip yang dikongsikan di atas?

Selamat tahun baharu 2022.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Cerah Berseri

Bahagia rasanya jika ada yang memuji wajah kelihatan muda daripada usia sebenar. Sayangnya, ada…
Read more
Gaya Hidup

Jom Cuba 9 Idea Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah

“Pening kepala nak cari idea dan cara dekor yang sesuai dengan rumah saya. Ruang terhad, bilik…
Read more
Gaya Hidup

Ini 5 Cara Mudah Dan Cepat Bakar Lemak Tanpa Produk

Setiap hari kita makan. Biasanya tiga kali sehari tetapi kurang bersenam. Badan semakin mengembang…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *