Gaya Hidup

Fesyen: 4 Cara Suai Padan Warna Dan Corak Elak Nampak Pelik

Kredit Foto: H&M

Seiring waktu, perkembangan dunia fesyen terus berevolusi. Kini,  fesyen berkembang daripada gaya fesyen jalanan, kemudian diubah suai dengan sentuhan moden.

Kesilapan berbusana boleh membuat kita menjadi ‘mangsa fesyen’. Pun begitu, sebenarnya gaya bukanlah sesuatu yang kaku, sebaliknya sebahagian daripada seni memerlukan kebebasan kreativiti. Misalnya, busana paduan kepelbagaian motif dan rona. Bagaimana cara suai padan warna dan corak supaya penampilan kita tidak kelihatan janggal?

Bagi anda yang kurang arif mengenai fesyen, kami kongsikan beberapa cara yang boleh dijadikan pandukan sewaktu memilih pakaian bercorak dan warna.

4 Cara Suai Padan Warna & Corak
Kredit Foto: H&M

4 cara suai padan warna dan corak

Berikut ini beberapa cara untuk anda suai padan konsep pakaian dengan kepelbagaian motif juga warna, tetapi tidak membuat anda pelik dan memalukan.

1. Paduan warna kontras
Warna senada meskipun menonjolkan motif yang berbeza, masih menghasilkan suai padan yang selaras di mata. Jika pilihan busana anda terdiri dari beberapa variasi warna, gandingkan dengan rona paling dominan.

Bagi menghasilkan estetika berbusana terbaik, warna tidak semestinya perlu sama.  Jenis warna berbeza atau kontras boleh menjadi paduan menarik.

Misalnya hijau tua dan kuning, merah muda dan biru atau merah muda dan ungu. Jika mahu selamat, hitam dan putih paduan paling sempurna untuk semua pasangan warna.

Kredit Foto: H&M

2. Motif sederhana
Salah satu motif paling sederhana dan mudah disuai padan dengan pelbagai gaya adalah motif garis hitam dan putih.  Jadi, jika mahu penampilan lebih sempurna, pilih pakaian bermotif sederhana.

Jika mahu sedikit ‘cabaran’ berfesyen dan bereksperimen, anda boleh  mencuba paduan motif flora dan fauna. Bagaimanapun, pastikan suai padan warna selaras.

3.  Seimbang
Pastikan paduan kepelbagaian warna dan motif tetap seimbang. Jika anda mahu mensuai padan tiga jenis pakaian dalam satu penampilan, pastikan salah satunya tidak bermotif (polos/kosong).

Misalnya, jika blaus atau kemeja bercorak dipadukan dengan celana bermotif, pilih jaket atau polos.

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Kredit Foto: H&M

4. Aksesori
Busana yang disuai padan dengan variasi motif dan warna, semakin bergaya dengan aksesori sebagai penyeri penampilan.

Pastikan warna aksesori menonjolkan ronasolidsenada dengan salah satu busana anda.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang…
Read more
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *