Gaya Hidup

Kewangan: Bijak Urus Belanja, Bantu Rumah Tangga Bahagia

Baharu masuk pertengahan bulan, Zainal sudah garu kepala memikirkan wang gajinya tidak cukup untuk diagihkan mengikut keperluan keluarga termasuk duit minyak kereta, belanja keperluan anak dan belanja dapur. Resah memikirkan masalah wang belanja yang selalu tidak mencukupi.

Keadaan seperti dihadapi Zainal barangkali menjadi senario biasa bagi individu yang kehabisan wang pada pertengahan bulan atau akhir bulan, malah mungkin ada yang terpaksa ikat perut hingga tiba waktu gaji. Apakah masalah kewangan ini harus dibiarkan berterusan menghimpit kehidupan anda terutama yang sudah berkeluarga?

Baca: “Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Perancangan belanjawan amat penting kerana selain membantu mengatur dan merancang anggaran perbelanjaan rumah tangga, perancangan ini memberi gambaran mengenai kedudukan keperluan terkini dan gambaran hala tuju masa depan dengan menetapkan matlamat kewangan.

Sayangnya, ramai beranggapan perancangan kewangan hanya untuk mereka yang mempunyai duit lebih sahaja. Padahal, setiap individu, sama ada kaya atau miskin, harus merancang kewangan mereka agar tidak terjebak dalam masalah hutang tidak berbayar. Justeru, sangat penting bagi setiap individu menetapkan matlamat kewangan dalam kehidupannya.

Pengurusan kewangan
Statistik pekerja yang diisytiharkan muflis, mengalami permasalahan kredit, terbabit dengan pinjaman ‘along’ dianggarkan   meruncing setiap tahun.

Mungkin ramai yang dilatih mencari wang, tetapi tidak diajar cara mengurus wang dengan baik. Waktu yang sesuai dan terbaik untuk melatih seseorang mengenai pengurusan kewangan ialah sewaktu masih di bangku sekolah.

Seseorang individu yang berkelulusan dalam bidang ekonomi atau perakaunan tidak semestinya mempunyai kemahiran dalam pengurusan kewangan peribadi.

Pendedahan ilmu pengurusan kewangan pada peringkat permulaan pekerjaan dapat membantu menangani persoalan kewangan yang mereka hadapi dalam kehidupan.

Kredit foto: spconsult.com.np

Baca: Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Pengawal bajet
Selain suami bertanggungjawab mencari dan memberi nafkah kepada keluarga, peranan isteri juga penting. Dia bukan sahaja membantu menguruskan rumah tangga, malah harus bijak menguruskan perbelanjaan keluarga sebaik mungkin.

Isteri boleh menjadi pengawal bajet keluarga, tetapi mereka harus tahu tugas itu amat penting dan perlu dilaksanakan dengan baik.

Berikut ini cara mengawal bajet dalam rumah tangga;

  • Tahu pendapatan bulanan pasangan
  • Catat semua perbelanjaan keluarga
  • Sediakan perancangan kewangan keluarga
  • Cuba kurangkan perbelanjaan yang tidak diperlu
  • Berusaha tingkatkan pendapatan keluarga
  • Sediakan garis panduan perbelanjaan keluarga
  • Ambil tindakan disiplin jika garis panduan tidak dipatuhi.

Baca: Ini 9 Rahsia Bina Hubungan Suami Isteri Yang Serasi

Pendapatan masuk daripada suami dan isteri (jika isteri bekerja) perlu dicatatkan supaya jelas, manakala aliran wang tunai keluarga berdasarkan penggunaan berhemah. Wang tidak mencukupia bergantung pada kadar penggunaan seisi keluarga.

Isteri yang berdisiplin dan bijak menguruskan setiap keperluan keluarga menjadi tunggak keharmonian rumah tangga.

Pasangan anda pastinya senang hati apabila perbelanjaan rumah tangga diurus dengan baik. Anak juga tidak perlu dimanjakan dan diajar membeli barangan berjenama jika anda tidak mampu.

Ketika keadaan ekonomi dunia yang serba tidak menentu dan harga barangan yang semakin meningkat, sangat wajar apabila suri rumah dapat menguasai ilmu pengurusan kewangan.

Ini penting agar dapat mengelak daripada berlaku kesilapan mengurus kewangan serta merangka pelan tindakan bagi menghadapi masa depan lebih mencabar.

Ingat, kita memang tidak pernah merancang untuk gagal tetapi sering gagal untuk merancang.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

8 Rahsia Goda Ghairah Pasangan

Hubungan kelamin bersama pasangan semakin dingin dan menjemukan? Tiada lagi rangsangan yang…
Read more
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Sikap Ibu Bapa Bentuk Peribadi Dan Masa Depan Anak

Setiap ibu bapa pastinya ingin menjadi yang terbaik buat anak. Tidak keterlaluan jika dikatakan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *