Gaya Hidup

6 Tip Hias Rumah Bujang

Kebiasaannya, dekorasi rumah bujang ala kadar sahaja. Hamparan tikar getah atau sekeping karpet nipis di tengah ruang, di dalam bilik memadai sekadar tilam tanpa katil dengan dinding rumah dibiarkan polos. 

Di ruang dapur pula, cukup sekadar ada peralatan memasak yang asas, Ya, inilah pemandangan biasa rumah orang bujang yang tinggal menyewa bersama rakan.

Zaman ini, orang bujang (single) pun suka menghias rumah. Walaupun ruang terhad, tetapi kalau kena gaya dekorasinya pasti menarik.

Baca: 9 Idea Dekor Rumah Sempit Nampak Luas Dan Mewah

Mahu ubah pemandangan biasa ini, boleh cuba beberapa panduan berikut ini;

6 tip hias rumah bujang
Kredit foto: Ikea

Baca: 4 Rahsia Rumah Kemas & Bersih Hanya 15 Minit

  • Setuju, orang bujang tidak memerlukan perabot besar dan banyak. Rekaannya juga lebih ringkas tetapi moden dan serba guna. Jadi, beri penekanan pada kuantiti kegunaan ketika menata hias rumah bujang. Misalnya, memadai letak sofa dua atau tiga tempat duduk di ruang tamu.
  • Bagi rumah bujang, sebaiknya ada satu almari untuk menyimpan barang. Mungkin daripada jenis almari sudut ataupun shelve. Jadi, adanya tempat penyimpanan ini, barang lebih lebih tersusun dan kemas.
  • Pemilihan warna sangat subjektif untuk dekorasi kediaman, tetapi kita masih boleh mengaplikasikan warna kegemaran pada ruang tertentu di dalam rumah. Cuma, janganlah terlalu banyak gabungan warna kerana keluasan rumah bujang biasanya terhad. Pilihan selamat antaranya putih, kuning telur dan warna asas bumi.
  • Langsir lebih sesuai dengan pilihan polos. Bagi kegunaan ruang sempit,  pilih langsir lebih terang. Sementara untuk ruang yang agak besar, boleh gunakan langsir sedikit gelap.
  • Biasanya ruang dapur jarang diberi perhatian, jadi memadai pilhan kabinet dapur kecil dan ringkas terutamanya daripada jenis compartment. Kabinet jenis ini sesuai kerana boleh dibuka jika berpindah kelak.
  • Jangan lupa beri perhatian pada bilik air, pastikan sentiasa bersih dan tidak berlendir dengan sisa sabun mati.

Selamat mencuba.

About author

Articles

Suka berkongsi tulisan dan hasil bacaannya untuk memandaikan negara, bangsa.
Related posts
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more
Gaya Hidup

Anak Selalu Tantrum? 5 Cara Elak Anak Mengamuk

Benar, cuba menenangkan anak yang sedang menjerit dan mengamuk tanpa henti bukan mudah. Anak…
Read more
Gaya Hidup

Ini 7 Rahsia Pikat Pasangan Yang Mesti Anda Cuba

Hubungan yang kekal harmoni, bahagia dan penuh kasih sayang pastinya menjadi harapan serta…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *