Gaya Hidup

Rendang Pedas Perak

Resipi: Zuraini Alias

Pertama sekali nak beritahu, cara masak Rendang Perak ni lain orang lain caranya, ya

Ini cara KakZu. Cerita bab ayam ni, ayam ada beberapa kategori iaitu ayam kampung, ayam pencen, ayam daging (KakZu panggil ayam pekan/bandar). 

Ada dua cara nak masak Rendang Perak ni, sama ada nak masukkan kesemua bahan sekali gus atau masak dulu kuah rendang sehingga pekat dan pecah minyak, kemudian baru masukkan ayam.

Bahan-bahan semua dihiris halus sahaja, ya

KakZu suka tekstur ayam yang tak lembik dan hancur, jadi KakZu akan keluarkan ayam sementara kuah nak mengering (kesin orang Perak kate ). Jika guna ayam pencen atau ayam kampung, boleh masak terus.

Nota : Jika nak rendang yang berkuah pekat, kesemua bahan hiris perlu dikisar. Cara masak, sama.

Rendang Pedas Perak ni KakZu masak sampai kering kesin dan tak guna minyak.

Memang sedap makan sodak rendang ni.

Resipi: Rendang Ayam Senang, Sedap & Cepat

Rendang Pedas Perak
Rendang Pedas Perak.

Resipi Rendang Pedas Perak

Bahan-bahan:

1 ekor ayam 

800 gm santan pekat

15/20 biji bawang kecil, dihiris nipis

6 batang serai, dimayang halus

2 inci halia, dihiris halus

1 inci lengkuas, dihiris halus

1 cawan kelapa parut, ditumbuk halus

1 1/2 cawan cili mesin 

1 sudu kecil serbuk kunyit

2 keping asam keping

3 helai daun kunyit, dimayang halus

Garam dan gula secukup rasa

Resipi: Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Rendang Pedas Perak

Zuraini Alias (KakZu):

“Ada dua cara nak masak Rendang Perak ni, sama ada nak masukkan kesemua bahan sekali gus atau masak dulu kuah rendang sehingga pekat dan pecah minyak, kemudian baru masukkan ayam.”


Cara membuatnya:

  1. Di dalam periuk, masukkan ayam, bawang, serai, halia, lengkuas, kelapa parut, cili mesin, serbuk kunyit dan santan.
  2. Masak atas api sehingga ayam masak.
  3. Keluarkan ayam dan masak kuah sehingga kuah rendang menjadi kering.
  4. Masukkan asam keping dan perisakan gula dan garam.
  5. Setelah kuah menjadi elok kering dan pecah minyak, masukkan ayam.
  6. Akhir sekali, sebelum padam api masukkan hirisan daun kunyit


Related posts
Gaya Hidup

6 Rahsia Cipta Ilusi Ruang Kediaman Luas, Selesa

Mahu ruang kediaman kelihatan luas, selesa dan kemas? Banyak cara untuk mewujudkan suasana yang…
Read more
Gaya Hidup

Berhenti Bertengkar. Ini 3 Cara Cari Titik Keserasian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup dua individu berbeza. Terutama sikap, cara hidup dan pemikiran.
Read more
Gaya Hidup

Resipi Kuey Teow Daging Mesti Cuba

Anda penggemar Kuey Teow? Tetapi sudah biasa makan Kuey Teow Sup, Hailam atau Ladna? Bosan dan mahu…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *