Gaya Hidup

5 Cara Bagaimana Tampil Bergaya Dengan Palazzo Polos

Palazzo - FashionValet

Penampilan sederhana tetapi penuh pesona. Istimewa Palazzo polos, menyuntik gaya moden, sopan dan selesa. Pilihan tepat buat yang serasi dan selesa bergaya santai

Hadir dengan pelbagai gaya yang boleh disesuaikan untuk apa juga acara. Buat anda yang gemar tampil santai namun tetap sopan dan bergaya moden, Palazzo polos memang pilihan sesuai. 

5 Rahsia bergaya santai dengan palazzo polos

Sebenarnya, bagaimana cara yang betul supaya tampil bergaya dengan palazzo polos? Betulkah kata orang, Palazzo ini seluar besar yang malas?

Jangan pandang sebelah mata, ya. Biarpun polos tetapi memikat pandangan dengan kemeriahan rona segar, selesa dan mudah diurus. Penampilan anda tidak akan canggung dengan persalinan ini.

Rahsia penting untuk tampil bergaya dengan Palazzo ini, anda mesti bijak suai padankan aksesori pelengkap gaya seperti tas tangan, kasut, subang atau sekadar ikat rambut rona kontras mahupun sedondon.

Tampil gaya santai dengan pilihan palazzo rona kontras yang mampu meningkatkan keyakinan diri anda. Jingga, kuning dan hijau antara gandingan rona yang menceriakan gaya anda.

PalazzoForever21

Palazzo polos boleh disuai padan dengan blaus longgar rona kontras. Aksesori tambahan seperti skaf, tas kepit warna-warni pasti menambah seri pada penampilan anda.

PalazzoFashionValet

Baca juga: 12 Cara Menjaga Dan Merawat Kulit Muka Kusam

Kelebihan palazzo ialah memberikan keselesaan kepada pemakainya. Boleh kelihatan seperti skirt labuh sekiranya digayakan dengan blaus labuh. Penampilan begini pasti menyerlahkan keayuan anda.

PalazzoForever21

Angun dengan sentuhan rona feminin. Pilihan aksesori menambah seri pada penampilan. Ikat rambut rona kontras atau sedondon memercik aura feminin.

Ikat rambutForever21

Gaya lebih glamor dalam persalinan palazzo jika dipadankan dengan kardigan rona kontras. Aksesori warna-warni memercik gaya moden. Atau padankan dengan pilihan sepatu bercorak. Ringkas dan seimbang.

Lihat hasilnya. Hanya dengan padanan kasut rona kontras, penampilan pemakai terus berubah. Jadi, siapa kata Palazzo, fesyen seluar malas?

Palazzo: Mango

Related posts
Gaya Hidup

Apabila Tiada Lagi Keserasian Dalam Perkahwinan

Bolehkah perkahwinan dapat diselamatkan jika tiada lagi ‘chemistry&#8216…
Read more
Gaya Hidup

Gaya Biru Yang Memukau & Tersendiri

Bosan menyarung busana warna natural? Jika ya, apa kata cuba pilihan persalinan biru. Pastinya gaya…
Read more
Gaya Hidup

Ketupat Daun Palas Resipi Mak

Masuk tahun ke-2 kita bakal berhari raya dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tidak dinafikan…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *