Gaya Hidup

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Berseri

Kredit foto: www.pinkvilla.com

Bahagia rasanya jika ada yang memuji wajah kelihatan muda daripada usia sebenar. Sayangnya, ada segelintir meremehkan rutin penjagaan kebersihan dan kesihatan wajah.

Sebenarnya, hampir semua perempuan mengambil berat soal menjaga dan merawat kulit muka. Bagaimanapun, mungkin ada segelintirnya tidak cukup masa atau culas. Boleh jadi juga berlaku kesalahan dalam cara rawat kulit muka.

Biasanya, apabila ada acara atau majlis penting terutama membabitkan pertemuan bersama orang yang dikenali, kita (perempuan) mulai ambil serius keadaan kulit muka. Ketika itu barulah perasan ada jerawat, bintik hitam, kedutan di tepi ekor mata atau tona kulit tidak sekata.

Misalnya majlis bertemu teman lama, pastinya mengujakan. Banyak cerita yang ingin dikongsi. Ini juga peluang untuk pasang badan, tetapi bagaimana jika berlaku sebaliknya? Keadaan kulit muka menjadi penyebab emosi terganggu dan merosakan mood gembira anda.

“Eh Sofea, ingat siapa tadi. Nampak berumurlah Awak sekarang, maaflah tak perasan tadi.”

Aduhai… Sadis bukan kata-kata seperti itu, boleh hilang mood seharian. Sudahlah lama tak jumpa, dapat komen yang menyakitkan hati dan memalukan.

Jangan bersedih dan meratap depan cermin empat hari, tiga malam. Tiada faedahnya. Lebih baik ambil langkah segera. Ubah rutin harian terutama cara jaga dan rawat kulit muka.

12 Cara Kulit Muka Kusam Kembali Berseri
Jaga dan rawat kulit muka untuk manfaat berpanjangan. Kredit foto: simplyflo.life

Kongsikan 12 cara merawat dan melindungi kulit muka agar kelihatan cantik berseri sepanjang hari.

  1. Berolah raga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu, meskipun hanya setengah jam. Kegiatan ini akan membuat kulit muka bersinar.
  2. Jangan merokok.
  3. Gunakan pembersih dan pelembap wajah sesuai dengan jenis kulit muka anda.
  4. Cuci mekap mengunakan pembersih mekap dan aplikasikan pelembap wajah.
  5. Gunakan air mawar sebagai toner. Air mawar bersifat ringan dan akan membuat kulit lembut dan halus.
  6. Gunakan buah betik ranum dan segar untuk mencerahkan kulit secara cepat. Caranya, ambil sepotong kecil betik dan gosokkan pada wajah dengan lembut. Biarkan kering 15 minit dan bilas bersih. Anda akan dapat melihat perbezaannya.
  7. Gunakan pembersih yang lembut dan bilas wajah dengan air mawar setiap malam.
  8. Jika anda memiliki kulit yang sensitif, oleskan sedikit campuran gula kastor dan body oil pada bahagian yang berjerawat seminggu sekali. Cuci muka dengan air suam agar pori-pori wajah terbuka. Cara ini sangat membantu, cubalah.
  9. Tea tree oil  sangat baik untuk mengatasi wajah yang berjerawat dan bernoda. Aplikasikan secara langsung ke daerah berjerawat dan biarkan semalaman. Cara ini kemungkinan menyebabkan kulit kering namun tidak berbahaya. Pada keesokan paginya, cuci dengan sabun wajah dengan pH natural, aplikasikan pelembap yang ringan. Lihatlah perubahan pada wajah anda.
  10. Sebelum tidur, sapu minyak badam, hasilnya kulit wajah bersinar keesokan harinya.
  11. Jangan memutihkan wajah secara segera. Ini dapat menyebabkan kulit kering dan menghilangkan minyak esensial pada kulit.
  12. Jangan gunakan ubat gigi atau air perahan lemon untuk mengatasi masalah jerawat. Ini akan membuat kulit kering dan pedih. Jika Anda ingin menggunakan lemon sebagai agen pengelupasan kulit mati, aplikasikan pelembap atau minyak zaitun untuk mengganti minyak semula jadi kulit yang hilang.

Baca juga: Rahsia Rumah Kemas Dan Bersih Hanya 15 Minit

Kulit muka anda sebenarnya memerlukan;

  • Pembersih wajah
  • Toner
  • Pelembap
  • Pengelupasan kulit mati
  • Tabir matahari
Related posts
Gaya Hidup

Resipi Jeruk Binjai

Rasanya yang masam, manis, pedas dan sedikit kenyal memang menambat selera. Jeruk memang ramai…
Read more
Gaya Hidup

“Tanpa Suami, Kami Masih Mampu Hidup!”

Dalam rancaknya dunia mengejar semua ke hadapan, pun masih ada segelintir yang bersikap dan…
Read more
Gaya Hidup

Manfaat Detok Untuk Kesihatan Badan

Mengapa tubuh memerlukan proses detok (détoksifikasi) – penyingkiran racun atau toksin…
Read more

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Gaya Hidup

7 Diet Seimbang Elak Stres

Worth reading...